KL CHRONICLE: Akhirnya @IshamRais dituduh menghasut

Monday, October 13, 2014

Akhirnya @IshamRais dituduh menghasut

Aktivis Hishamuddin Md Rais dituduh mengeluarkan ucapan berunsur hasutan pada satu perhimpunan di Kuala Lumpur tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2014.

Akhirnya, Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan penyangak Hishamuddin Md Rais untuk membela diri di atas tuduhan kerana mengeluarkan ucapan berunsur hasutan pada satu perhimpunan di Kuala Lumpur tahun lepas.

Hakim Mahkamah sesyen Azman Mustapha berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapatnya kes terhadap tertuduh.



Hishamuddin yang diwakili peguamnya Syahredzan Johan, anak kepada Pengerusi Syarikat Media Prima Berhad berkata, beliau akan memberikan bukti daripada kandang tertuduh, satu pilihan yang diberikan kepada tertuduh.

Azman menangguhkan perbicaraan itu pada 13 November.

Enam ahli politik Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis, termasuk Hishamuddin didakwa kerana menghasut pada 29 Mei tahun lepas.

Selain itu, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, pemimpin PAS Tamrin Ghafar, aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang dan aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim.

Mereka didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan semasa forum 13 Mei di Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Jalan Maharaja Lela di sini jam 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei.

Ceramah mereka didakwa menggesa orang ramai mengambil langkah membuat protes jalanan untuk menggulingkan kerajaan persekutuan berikutan keputusan tidak adil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Chua yang juga ahli Parlimen Batu dan Haris Ibrahim masih berjuang membatalkan pertuduhan yang dikenakan dengan berpegang kepada alasan ia melanggar hak Perlembagaan mereka bagi kebebasan bersuara.

Tamrin, 64, diperintah membela diri pada minggu lepas dan kesnya akan disambung semula pada 26 November.

Safwan dijatuhi hukuman 10 bulan penjara pada 5 September manakala Adam mendapat hukuman penjara satu tahun, dua minggu kemudian.

Kedua-duanya memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman. – 13 Oktober, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget