Sunday, September 14, 2014

#UPSR: Polis tahan empat guru di Pulau Pinang dan Parit Buntar

Idris Jusoh at the press conference on Friday showing how the UPSR exam papers are sealed and delivered to schools. Police have now made a breakthrough in their investigations into the leaks.- The Malaysian Insider pic by Najjua Zulkefli, September 14, 2014.
Menteri Pelajaran Ke - 2 menunjukkan bagaimana kertas peperiksaan UPSR dihantar ke sekolah seluruh negaran
Polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak hari ini berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang.



"Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Gan berkata sehingga kini, seramai 10 individu diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), seorang wartawan dan tiga guru.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. – Bernama, 14 September, 2014.

No comments:

Post a Comment