Sunday, September 14, 2014

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan @razlanrafii Bidas Zainuddin Maidin


Membaca kenyataan populis yang ditulis oleh bekas Menteri yang lahir dari parti UMNO di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN), Zainuddin Maidin (Zam) kata 'UMNO Bodoh & Bigot' adalah satu tulisan yang tidak matang.




Sebagai seorang penulis yang berpengalaman dan agak berumur, seharusnya beliau tidak hilang kawalan apabila menulis dan membuat kenyataan dengan memperlihatkan rasa amarah seperti seseorang yang pendek akal.

Seharusnya beliau menunjukkan tauladan yang baik dalam penulisan di blog beliau, bukannya menayangkan sikap tidak baik dan seolah-olah hilang sabar dalam menyampaikan atau memperjuangankan sesuatu.

Adakah UMNO benar-benar bodoh. Jika benar UMNO itu bodoh, sudah pasti kerajaaan tidak akan berjaya mengekalkan pemerintahan negara sehingga ke hari ini.

Zam berhutang dengan saya kerana menggelar UMNO bodoh kerana saya ahli UMNO !

Sama ada Zam bersetuju, memperli ataupin membantah keputusan kerajaan Persekutuan hari ini, perkataan ini tidak boleh diterima oleh saya. 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

2 comments:

  1. Karut melayu.. 1. Kenyataan yang di dongengkan depan mata 2. Tukang karut wayang kulit.

    Berpijak lah di bumi nyata...

    ReplyDelete
  2. apa punya ketua pemuda budak sekor ni?....Zam memperli (satira) ketas Najib lah mangkok?

    Mamposlah UMNO kalau ini lah standard penelitian maklumat yang ada pada barisan Ketua Pemuda Negeri

    ReplyDelete