KL CHRONICLE: Pengumuman : Perubahan Laluan Bas #GoKL CityBus

Thursday, September 25, 2014

Pengumuman : Perubahan Laluan Bas #GoKL CityBus

Gambar sumber dari blogger Cucu Tok Selampit

Baru-baru ini pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan bahawa laluan bas perkhidmatan awam #GoKL CityBus akan diubah berikutan jumlah penumpang yang semakin meningkat serta keperluan pengguna untuk menggunakan bas #GoKL ke destinasi lain yang dilihat semakin penting bagi warga kota. 



Saya secara peribadi berpendapat apa yang dilakukan oleh pihak SPAD ini sangat baik dimana pihak SPAD sentiasa melakukan kajian terhadap perkhidmatan serta operasi mereka dan berusaha untuk menambah baik mana - mana kelemahan yang ada untuk kebaikan rakyat. 

Jika diteliti dengan betul, pada bulan ini sahaja SPAD telah mengambil tindakan terhadap syarikat Uber Taxi yang beroperasi secara haram. Tindakan ini diambil setelah mendapat laporan dari Persatuan Teksi dan juga pengguna perkhidmatan teksi yang lain berikutan kebimbangan mereka bahawa perkhidmatan Uber Teksi ini bukan sahaja tidak selamat malah mengganggu pendapatan pemandu teksi yang berlesen.

Tindakan pantas yang diambil oleh SPAD ini seharusnya dicontohi oleh servis provider yang lain seperti KTMB yang umum ketahui mempunyai pelbagai masalah melibatkan tahap perkhidmatan yang tidak memuaskan. Apa pendapat pembaca?



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget