Friday, September 5, 2014

Mat Sabu : Saya Tak Tahu #MBSelangor


Mohamad Sabu berkata PAS Pusat tetap dengan keputusan mesyuarat 17 Ogos untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.



Mohamad berkata, perkembangan terkini dilaporkan media mengatakan PAS tidak menamakan kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) PKR itu dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka berada di luar pengetahuannya dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat parti.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," kata Mohamad kepada The Malaysian Insider di Shah Alam, merujuk kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos yang ditandatangani kenyataannya oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad berkata, mesyuarat AJK PAS Pusat pada 25 Ogos pula mengambil keputusan menyepakati nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 Ogos dan menyerahkan kepada budi bicara Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat pilihan calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap PAS khasnya, dan terhadap Pakatan Rakyat (PR) amnya.

"Saya ingin menyatakan dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS Datuk Mutafa Ali semalam (4 September), seperti laporan pelbagai media, nama Dr Wan Azizah dan Azmin tidak ada dalam senarai pencalonan PAS tidak dalam pengetahuan saya," kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Utusan Malaysia melaporkan hari ini setiausaha agung PAS berkata Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar membuat keputusan untuk turut menghantar nama Adun PAS di samping nama dua Adun PKR.

Nama dua Adun PKR yang dihantar kepada istana Selangor bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali seperti yang dipersetujui jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu.

Difahamkan, dua Adun PKR yang dimaksudkan itu adalah Dr Idris Ahmad (Adun Ijok) dan Dr Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) manakala Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, exco kerajaan negeri Selangor yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagaimanapun, setiausaha agung PAS itu tidak mahu mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana Selangor kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama.

"Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mustafa berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas berbeza dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mahu mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin.

"Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS.

“Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," kata Mustafa, sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno itu. – 5 September, 2014.

1 comment:

  1. JUAL TUYUL ANAK BUTA KELLING
    JUAL TUYUL ANAK BUTA KELLING - HUBUNGI KAMI DI NO HP. – 082-369-439-555
    atas nama KI ARIB WIDODO anda butuh pasugihan adopsi tuyul hub segera di no 082-369-439-555





    assalamualaikum wr, wb.KI saya:PAK JOKO .dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
    terimakasih kepada KI ARIB WIDODO atas angka togel yang di
    berikan “4D” alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
    bantuan KI ARIB WIDODO saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
    ada di BANK dan bukan hanya itu KI alhamdulillah sekarang saya
    sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
    sehari2. itu semua berkat bantuan KI ARIB WIDODO sekali lagi makasih banyak
    yah KI … yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi KI ARIB WIDODO di
    nomor: (((_082-369-439-555_)))
    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
    1″Dikejar-kejar hutang
    2″Selaluh kalah dalam bermain togel
    3″Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
    4″Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
    5″Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..
    Solusi yang tepat jangan anda putus aza…KI ARIB WIDODO akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI ARIB WIDODO DI NO: (((_082-369-439-555_)))
    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos

    ReplyDelete