Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mencabar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menangkap beliau kerana mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kerajaan negeri dan berjanji tidak membenarkan mereka terus dibuli kerajaan pusat dan pihak berkuasa.
Lim berkata pentadbirannya sentiasa di belakang PPS dan akan memberi sokongan penuh kepada unit peronda negeri tersebut.
"Jika kamu mahu tahan ahli PPS, kami tidak akan berdiri di belakang mereka tetapi di depan mereka.
"Jika kamu anggap ini sebagai cabaran, saya rasa orang tersebut tidak faham apa maknanya menjadi seorang pemimpin," katanya pada satu sidang media di Komtar hari ini.
Lim berkata seorang pemimpin perlu sentiasa di hadapan mempertahankan mereka di bawahnya.
"Pemimpin membimbing daripada depan, bukan belakang," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.
Lim juga menerima cabaran kerajaan pusat sama ada PPS sah atau tidak di sisi undang-undang.
Kerajaan tidak mengiiktiraf unit tersebut kerana tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS), tetapi kerajaan Pulau Pinang mendakwa unit itu berada di bawah kuasa kerajaan negeri.
"Jika kamu tidak bersetuju, bawa kami ke mahkamah. Kerajaan negeri akan terima keputusan dibuat mahkamah walaupun hasilnya tidak menyebelahi kami.
"Mengapa polis perlu menangkap semua ahli unit?" kata Lim, merujuk kepada tangkapan 156 ahli PPS semasa sambutan kemerdekaan peringkat negeri baru-baru ini.
Dalam usaha memburu PPS, pihak polis menahan Ahli Dewan Undangan (Adun) Seri Delima, R S N Rayer dan Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh yang juga Exco Pulau Pinang dan pengerusi PPS. Kedua-dua mereka bagaimanapun sudah dibebaskan.
Semalam, Adun Tanjung Sepat Ng Wei Aik juga ditahan dan dibebaskan kemudiannya. Beliau merupakan timbalan komander PPS.
Lim juga membidas penahanan wartawan Malaysiakini Susan Loone mengikut Akta Hasutan kerana laporan yang membabitkan tangkapan besar-besaran PPS.
"Jika polis rasa laporan tersebut salah, mereka boleh failkan saman. Tidak perlu guna Akta Hasutan," katanya. – 5 September, 2014.
SUMBER : The Malaysian Insider
Anak abu ni gangster kecik, bukan mastermind.
ReplyDeleteSifunya diselatan.