KL CHRONICLE: Akhirnya @AdamAdli didapati bersalah kerana menghasut, dipenjarakan hanya setahun

Friday, September 19, 2014

Akhirnya @AdamAdli didapati bersalah kerana menghasut, dipenjarakan hanya setahun

Kenyataan Hasutan @adamadli 
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mensabitkan bekas aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim bersalah atas tuduhan menghasut dan menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara.



Adam Adli didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan pada satu forum 13 Mei tahun lalu apabila dia dikatakan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Bersalah," tulisnya melalui akaun Twitternya dari mahkamah pagi ini.

“Mempunyai pandangan berbeza nampaknya merupakan satu jenayah sekarang, menurut pihak pendakwa kita," katanya menerusi akaun Twitter itu.
Pada forum 13 Mei tahun lepas, Adam Adli dilaporkan mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata:“Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya.”

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget