KL CHRONICLE: Key Points Sidang Media Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

Monday, August 11, 2014

Key Points Sidang Media Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

Tarikh : 11/8/2014, Isnin
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Tingkat 22, Bangunan SUK, Shah Alam.

VIP : Tan Sri Khalid Ibrahim

Kenyataan Media :




1. Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11/8/2014, 9 pagi di Istana Alam Shah, Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

2. Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 09 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.

3. Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

4. Saya telah memperjelaskan bahawa disebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. [Menurut Artikel 53 (2b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 4 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), 4 EXCO tersebut dari PAS]

5. Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Pertanyaan Wartawan
1. Ditanya oleh wartawan sama ada beliau bersedia mempertimbangkan tawaran PAS untuk menyertai parti tersebut? Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau belum memikirkan perkara itu kerana keutamaan beliau ketika ini ialah membersihkan diri daripada tohmahan PKR.

2. Menjawab pertanyaan wartawan sama ada pembubaran DUN ada dibincangkan dalam pertemuan bersama DYMM Sultan Selangor tersebut? Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pembubaran DUN tidak dibincangkan.

3. Menjawab pertanyaan wartawan sama beliau bersedia mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama PAS dan UMNO? Khalid Ibrahim menyatakan bahawa beliau belum memikirkan perkara itu lagi.

Ulasan :
1. Sidang media petang ini telah meleraikan teka-teki yang menjangkakan akan berlaku pembubaran DUN Selangor dan PRN Selangor yang menjadi perbincangan hangat rakyat ketika ini.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget