KL CHRONICLE: Gambar MB Selangor tiba di Istana Alam Shah, hadiri mesyuarat Majlis Diraja

Monday, August 11, 2014

Gambar MB Selangor tiba di Istana Alam Shah, hadiri mesyuarat Majlis Diraja


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Alam Shah, Klang kira-kira jam 9 pagi tadi bagi menghadiri Mesyuarat Dewan Diraja Selangor untuk bincang mengenai kedudukannya sebagai ketua pentadbiran negeri selepas dipecat keahliannya pada Sabtu oleh pimpinan PKR.



Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah mempengerusikan mesyuarat itu.

Ahli mesyuarat itu terdiri daripada Khalid selaku menteri besar, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah.

16 ahli lain yang berada dalam majlis itu adalah kerabat diraja dan pembesar daerah. – 11 Ogos, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget