KL CHRONICLE: Tren No 28, Express Wau Tergelincir di antara Kemayang - Triang

Thursday, July 10, 2014

Tren No 28, Express Wau Tergelincir di antara Kemayang - Triang

Tren tergelincir di Butterworth pada tahun February 2013

Penulis dikejutkan dengan berita bahawa Perkhidmatan KTM Intercity di Pantai Timur pada mengalami gangguan selepas Tren No 28 Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan mengalami kegelinciran pada 1.50 pagi. Umum ketahui bahawa landasan keretapi Pantai Timur sememangnya mengalami "masalah" [Rujuk DISINI] dimana keadaan landasan Gemas-Gua Musang tidak selamat. 



Dalam kejadian yang berlaku itu, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di Km 80.0 di antara Kemayang-Triang, membabitkan satu daripada lapan gerabak tren yang membawa 200 penumpang itu.

"Tiada penumpang yang mengalami kecederaan dan kesemua 79 penumpang terbabit dipindahkan ke koc hadapan," menurut kenyataan itu.

Penulis bersyukur kerana tiada penumpang yang cedera dalam kejadian yang berlaku namun kecewa dengan KTMB kerana mereka tidak menepati perjanjian yang telah dipersetujui bersama SPAD. Jika pembaca masih ingat, SPAD telah mengeluarkan satu arahan kepada KTMB supaya menghentikan operasi tren Gemas - Gua Musang namun setelah KTMB mengemukakan rayuan kepada SPAD bagi menangguhkan penutupan perkhidmatan tren di sektor tersebut sehingga 15 Ogos 2014. 

Setelah menimbangkan permohonan dan rayuan tersebut, SPAD bersetuju untuk berbuat demikian tertakluk kepada syarat-syarat berikut:


  1. KTMB bersetuju memberi jaminan untuk mengambil langkah-langkah  keselamatan termasuk meningkatkan peraturan dan pemantauan operasi tren
  2. Meningkatkan penilaian keatas landasan dengan mengenakan had kelajuan  yang lebih rendah jika perlu
  3. Meningkatan pemantauan dan penyenggaraan infrastruktur landasan
  4. Menyediakan stokereta yang lebih berkualiti
  5. Kerahan tenaga kerja daripada kakitangan KTMB untuk menangani situasi kritikal
  6. Menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau semua pelan tindakan

Namun setelah insiden yang berlaku di Kemayang-Triang ini, saya berharap pihak KTMB akan lebih serius dalam mengambil langkah-langkah keselamatan tren dan penumpang supaya insiden sebegini tidak berlaku lagi. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget