KL CHRONICLE: Seorang maut, seorang diculik dalam serangan terbaru di Mabul

Sunday, July 13, 2014

Seorang maut, seorang diculik dalam serangan terbaru di Mabul


Seorang anggota polis dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi dipercayai diculik oleh lelaki bersenjata selepas drama tembak-menembak dengan polis di pantai Timur Pulau Mabul di Sabah pada lewat malam Sabtu.

Aksi tembak menembak berlaku sejurus sebelum tengah malam di mana lapan lelaki bersenjata yang memakai pakaian tentera dipercayai mendarat di pulau itu pada pukul 11.30 malam.



Laporan awal polis menunjukkan salah seorang anggotanya yang terlibat dalam insiden tembak menembak tersebut diculik.

Pengunjung yang terdiri daripada penyelam di kawasan peranginan itu turut dilaporkan mendengar beberapa das bunyi tembakan.

Laporan awal polis Semporna menunjukkan bahawa salah satu daripada anggota polis yang terlibat dalam drama tembak menembak itu mungkin diculik.

Beberapa cubaan sebelum ini dilaporkan dilakukan oleh lelaki bersenjata FIlipina untuk menceroboh keselamatan di Pulau Mabul.

Pada minggu lepas, pasukan keselamatan telah diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga berikutan cubaan culik oleh tujuh lelaki bersenjata di sebuah ladang ikan di luar Kampung Bangau Bangau di Semporna.

Pemilik ladang ikan itu diarahkan untuk berpindah dari kolam mereka dan sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di kawasan itu.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tujuh lelaki bersenjata yang gagal menculik seorang pengusaha ikan dalam sangkar di pusat ternakan ikan berhampiran Kampung Bangau-Bangau, telah melarikan diri ke kawasan Tawi-Tawi, Selatan Filipina.

Ujarnya, pihaknya kini bekerjasama dengan polis Filipina bagi mendapatkan maklumat mengenai kumpulan penjenayah itu.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget