KL CHRONICLE: Kini Golongan Pro- @Anwaribrahim dalam PAS Mahu Dr. Zuhdi Diambil Tindakan

Thursday, July 31, 2014

Kini Golongan Pro- @Anwaribrahim dalam PAS Mahu Dr. Zuhdi Diambil Tindakan

Husam dilihat bersama @cmlimguaneng
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran terbocornya tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat.



Bagi Husam, PAS tidak boleh diseret dalam masalah ini dan Zuhdi perlu mengambil tanggungjawab jamaah dan bertindak sewajarnya tanpa perlu parti itu mengambil tindakan atas implikasi tersebarnya kenyataan itu.

"Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah, tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa, ini tidak akan berlaku," kata Husam.

Bagi Husam, penyataan senario itu merupakan satu hal, tetapi yang terlalu besar untuk dipikul PAS adalah istilah rasis yang digunakan dalam tulisan itu.

"Dengan perkembangan yang berlaku kebelakangan ini termasuk yang (kenyataan) ini, hancur segala yang dibina oleh PAS selama ini," katanya.

Husam mengulas kebocoran tulisan analisis senario Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp yang kini tersebar luas.

Menurut Husam, beliau bukan sebahagian daripada perbincangan WhatsApp itu.

Perbincangan WhatsApp yang tersebar itu mendedahkan Zuhdi menulis:

"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," tulis Zuhdi yang pada masa sama mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku melalui akaun Facebook.

Menurut Husam, analisis senario ini bertembung dengan sikap parti itu di samping merosakkan jambatan yang dibina dengan pihak luar terutamanya golongan Cina.

Menurut Husam, paling teruk adalah istilah digunakan untuk menyerang puak Cina yang selama ini bekerjasama erat dengan PAS dengan memberikan undi kepada parti itu.

"Beliau perlu mengambil tanggungjawab penuh dan tidak mengaitkan PAS dalam hal ini," kata Husam.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget