Saya merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh portal pembangkang The Malaysian Insider yang bertajuk " Bantah insinerator: Berkelah di tapak pelupusan, kata Rahman Dahlan" dimana artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider adalah berniat jahat dengan objektif untuk menjatuhkan imej dan kredibilit Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Tajuk artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider sama sekali tidak konsisten dengan intipati article yang ditulis oleh Zakiah Koya apabila seolah-olah cuba bermain dengan persepsi dimana Yang Berhormat Menteri (YBM) kononya mengajak rakyat untuk berkelah di tapak pelupusan sampah. Jika diteliti artikel tersebut, ia mempunyai 798 patah perkataan dimana perkataan "berkelah" hanya muncul SEKALI i.e. maknanya hanya 0.125%!
Namun, walaupun mengetahui perkara ini, The Malaysian Insider tetap cuba untuk menjatuhkan imej YB Menteri dan cuba untuk bermain sentimen dengan menaikkan "kemarahan" rakyat seolah Menteri tidak hormat dengan pendirian rakyat selain cuba untuk mengajak mereka melakukan perkara tidak masuk akal seperti berkhemah di tapak pelupusan sampah.
Saya berharap pihak The Malaysian Insider akan lebih bijak dalam penulisan mereka supaya tidak sesuka hati cuba memperbodohkan rakyat dan menanam sifat benci rakyat terhadap kerajaan. Umum ketahui bahawa The Malaysian Insider merupakan portal pro-pembangkang yang ditubuhkan dengan agenda spesifik untuk menyebarkan propaganda Pakatan Rakyat namun alhamdulillah rakyat kini sudah semakin bijak menilai kandungan berita yang disiarkan oleh portal pembangkang ini.
Janganlah kita naif dan percaya tanpa melakuan siasatan terlebih dahulu artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider kerana terbukti apa yang mereka lakukan hanyalah menanam sifat benci rakyat terhadap kerajaan.
No comments:
Post a Comment