KL CHRONICLE: @RameshRaoAKS Cabar @LimKitSiang serah bukti kerajaan rasuah

Tuesday, June 10, 2014

@RameshRaoAKS Cabar @LimKitSiang serah bukti kerajaan rasuah


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dicabar oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) supaya mengemukakan bukti salah laku kerajaan yang sering disebut dalam setiap ceramah politik beliau sejak 1969.

Sinar Harian Online melaporkan presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa, sehingga hari ini, tokoh veteran DAP itu tidak pernah mendedahkan sebarang bukti hingga merosakkan pemikiran rakyat.



"Saya telah siasat dengan ahli-ahli DAP malah mereka sendiri kata Lim Kit Siang ini penipu, bercakap tanpa bukti.

"Hampir 40 peratus generasi muda mempercayai segala dakwaannya sama ada di pentas atau blog, malah pada pilihan raya lepas, mereka meracuni rakyat hingga pelajar sekolah darjah dua boleh kata BN ini rasuah," Ramesh Rao dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian selepas menyerahkan laporan penyelewengan Lim Kit Siang kepada ibu pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Ramesh berkata pihaknya telah menyerahkan kepada SPRM bukti rakaman percakapan pemimpin DAP itu menerusi YouTube.

"Kita minta SPRM siasat Lim Kit Siang, panggil dia, saya sudah bagi link blogger yang sering kali dia kata kerajaan bertaraf rasuah dunia," katanya.

Tambahnya, jika ahli parlimen Gelang Patah itu enggan kemukakan bukti, beliau mencabar Kit Siang meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.

"Kalau kamu tidak datang SPRM, kita datang minggu depan cabar dia di kawasannya, kalau tidak, elok dia letak jawatan," katanya lagi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kit-siang-dicabar-serah-bukti-kerajaan-rasuah-37237?cp

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget