KL CHRONICLE: Part 2 @GoTeamRD : Jom Ketahui Cara @mpkotabelud Selesaikan Masalah Perbandaran

Wednesday, June 18, 2014

Part 2 @GoTeamRD : Jom Ketahui Cara @mpkotabelud Selesaikan Masalah Perbandaran

@mpkotabelud turun mendengar masalah rakyat
Pusat Kecemerlangan Kesejahteraan Bandar atau Centre of Excellence for Urban Wellbeing and Happiness yang dizahirkan oleh KPKT ini merupakan satu entiti yang berperanan penting dalam bidang:
  1. Penyelidikan, 
  2. Pendidikan 
  3. Promosi 




bagi aspek-aspek yang berkaitan dengan kesejahteraan bandar dan sustainable communities. Penubuhan Centre of Excellence ini secara langsung dilihat untuk mengenalpasti penyelesaian atau urban solutions, dengan membawa idea-idea baharu dan pandangan-pandangan kritikal untuk dikemukakan kepada pihak Kementerian. 

Penglibatan orang awam dan penggiat industri amat dialu-alukan, dengan menyuarakan pendapat dan memberi pandangan dari peringkat akar umbi dalam mengesyorkan cara-cara meningkatkan taraf hidup dalam bandar-bandar di seluruh negara. Dengan berpandukan khidmat nasihat teknikal, input yang disediakan oleh orang awam akan diambil sebagai saranan kepada dasar-dasar dan program-program pembangunan negara yang disasarkan kepada keperluan warga kota dan perancangan bandar. 

Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau JPBD telah dipilih sebagai inkubator bagi Pusat Kecemerlangan Kesejahteraan Bandar atau Centre of Excellence for Urban Wellbeing and Happiness ini dan akan  menjalankan penyelidikan berkaitan dengan kesejahteraan bandar di Malaysia. 

Inkubator ini akan diselenggarakan oleh pakar-pakar penyelidik dan penggubal dasar JPBD yang memiliki Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. JPBD mempunyai:
  1. 17 pegawai dengan kelulusan PhD 
  2. 69 dengan kelulusan Masters. 
Proses incubation ini diharap akan dapat berkemuncak dengan Centre of Excellence ini menjadi sebuah independent think tank dengan sokongan padu daripada pihak kerajaan.

Centre of Excellence ini akan memberikan tumpuan kepada penduduk atau citizen-centric, dalam usaha memelihara hubungan pihak berkepentingan dalam isu-isu perbandaran termasuk juga akan turut menjadi pusat tumpuan dalam menyelesaikan masalah perbandaran. 

Sebagai contoh, JPBD akan menjadikan pembinaan projek MRT Lembah Klang sebagai kajian kes, dengan mendapatkan maklumbalas penduduk terbabit, yang tinggal berhampiran tapak pembinaan atau laluan rel. 

Pada pendapat saya, usaha JPBD bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini tidak lain dan bukan adalah untuk mendengar sendiri daripada rakyat permasalahan rakyat dan idea bagaimana untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan bagi mewujudkan satu win-win situation bagi rakyat dan juga kerajaan. 

Inisiatif Proaktif yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ini merupakan satu langkah yang wajar dipuji kerana beliau dan pasukan beliau telah berjaya untuk "think out of the box" dalam memberi "service" atau pun perkhidmatan kepada rakyat. Jika kerajaan mempunyai lebih ramai Menteri yang sebegini, saya yakin Barisan Nasional akan menang PRU-14 dengan mudah kerana rakyat akan bertambah yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat. 

Esok saya akan post lagi satu artikel, pada pukul 9.00 am bercerita tentang 3 elemen penting bagi meningkatkan kesejahteraan bandar :) 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget