Malaysia membelanjakan RM27.6 juta untuk kos bahan api dan makanan krew pencarian pesawat Malaysia Airline MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Hishamuddin bagaimanapun berkata, jumlah berkenaan adalah jumlah kos kasar memandangkan lokasi dan pesawat dengan 239 penumpang itu masih belum ditemui.
"Secara keseluruhan kos RM27.6 juta, namun belum lagi dimuktamadkan.
"Banyak lagi kelebihan yang kita terima (negara terlibat misi carian) tidak membuat sebarang tuntutan pembiayaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.
Menteri pertahanan itu berkata, penglibatan syarikat swasta seperti Petronas turut membantu meringankan beban kos yang terpaksa ditanggung kerajaaan.
"Saya bersyukur Malaysia ramai kawan, tiada musuh dan tidak minta bayaran," katanya. – 9 Jun, 2014.
PLEASE SHARE
MENYUSUL LAGI
No comments:
Post a Comment