KL CHRONICLE: AJK PAS Pusat, Abu Bakar Chik meninggal dunia nahas jalan raya

Monday, June 23, 2014

AJK PAS Pusat, Abu Bakar Chik meninggal dunia nahas jalan raya


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia awal pagi tadi. Gambar fail daripada Facebook beliau.Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh raya Pantai Timur, Bukit Besi jam 4.30 pagi tadi.




Pada masa ini, jenazah bekas Exco Terengganu (1999-2004) itu masih berada di Hospital Hulu Terengganu.

Abu Bakar merupakan bekas calon naib presiden pada muktamar tahun lalu dan pernah menjawat jawatan ketua Pemuda PAS.

Abu Bakar dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kereta yang dinaikinya melanggar sebuah van jenis Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Sebaik sahaja beliau dan pembantunya Hasmizi Hasan dibawa keluar, kereta yang dinaikinya itu terbakar.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Zaitun Salleh dan lapan anak.

Jenazah Abu Bakar akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman (MTT) Tok Jiring, Kuala Terengganu untuk disembahyang dan dikebumikan. – 23 Jun, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget