KL CHRONICLE: @khalid_ibrahim Kesal Dengan Tindakan Tidak Bertanggungjawab @dapmalaysia

Saturday, June 28, 2014

@khalid_ibrahim Kesal Dengan Tindakan Tidak Bertanggungjawab @dapmalaysia

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri sehingga hari ini masih belum memperoleh kerjasama penuh daripada Syabas sehingga menyebabkan berlakunya masalah gangguan bekalan air. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2014.
@khalid_ibrahim Bidas @dapmalaysia

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan kritikan DAP terhadap isu catuan air di Selangor sebagai tidak membina.

Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha keras bagi memastikan bekalan air mencukupi ketika musim panas dan kering melanda negara.


"Kerajaaan negeri sentiasa bekerja keras dan memberikan komitmen tinggi untuk memastikan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid juga menolak kritikan terhadap pentadbirannya yang dilihat lemah dalam menangani isu air, menjelaskan kerajaan Selangor masih belum sepenuhnya menguasai industri air di negeri tersebut.

"Saya kesal kritikan yang dilakukan pemimpin khususnya daripada DAP ini yang tersalah sasar.

"Ini kerana kerajaan Selangor masih belum dapat menguasai industri air meskipun secara prinsipnya Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bersetuju untuk diambil alih kerajaan negeri," katanya.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua hari ini membidas kerajaan negeri Selangor supaya tidak memberi alasan ke atas isu gangguan bekalan air kerana berjanji ia tidak akan berulang.

Pua membidas janji kerajaan Selangor pada 10 hari lalu mengenai jaminan tersebut tetapi masalah sama berulang apabila kawasan sekitar Balakong dan Bangi mula mengalami gangguan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget