Sekali lagi Tok Him difitnah Malaysiakini |
Presiden Perkasa itu berkata, polis London mengambil kenyataan ketua wiranita Perkasa dan ketua penaja sehari sebelum acara perasmian Perkasa London diadakan.
"Sehari sebelum kita adakan majlis di London, polis British datang jumpa ketua penaja, dan ketua wiranita Perkasa untuk merekodkan kenyataan sebab mungkin dia baca laporan di Internet yang mendakwa Perkasa ekstremis dan gangster.
"Semua Bumiputera di London pun tahu. Kami pergi belanja dengan sendiri, naik kelas ekonomi. Tiket murah. Masing-masing bayar sendiri," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.
Ibrahim dalam satu kiriman SMS pada hujung bulan lalu melahirkan rasa kecewa terhadap portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan komen pembaca pembangkang yang memfitnah pertubuhan itu menggunakan dana kerajaan dalam misinya ke London
No comments:
Post a Comment