KL CHRONICLE: Buat Kacau, Dua Ahli Parlimen Dihalau Keluar oleh Paul Low

Tuesday, June 17, 2014

Buat Kacau, Dua Ahli Parlimen Dihalau Keluar oleh Paul Low

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan bercakap pada taklimat awam mengenai Laporan Ketua Audit Negara di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2014.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin daripada PKR‎ dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS Datuk Kamarul Bahrin telah mendakwa mereka "dihalau" keluar daripada menghadiri taklimat tertutup bagi kakitangan kerajaan mengenai laporan Ketua Audit Negara terbaru yang berlangsung di Kuala Lumpur sebentar tadi. 

Kamarul berkata mereka diarah keluar oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dengan disaksikan semua media yang hadir pada taklimat berkenaan.



"Kami tiba di Menara Integriti jam 2 petang dan sebelum sesi bermula salah seorang kakitangannya menasihatkan kami untuk tidak bertanyakan soalan ketika taklimat berlangsung. Ini adalah kerana majlis merupakan satu sesi taklimat dan bukan forum soal jawab. 

"Dan ketika sesi itu hendak bermula Paul Low di hadapan hadirin dan media berkata siapa yang bukan pegawai kerajaan dan media diarahkan keluar," katanya pada sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Kamarul mempersoalkan tindakan Low yang langsung tidak menggambarkan sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap intergriti dan ketelusan dalam pentadbiran negara.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget