KL CHRONICLE: Tiz Zaqyah tidak lagi sembunyi kisah cinta

Tuesday, May 27, 2014

Tiz Zaqyah tidak lagi sembunyi kisah cinta

 Tiz Zaqyah

PENGALAMAN hidup banyak mengajar dirinya berubahmenjadi seorang yang lebih baik. Akui prinsip yang dipegang sebelum ini lebih membebankan dirinya.



Namun, seiring dengan kedewasan danpengalaman lalu, kini pelakon Tiz Zaqyah dilihat lebih bersikap terbuka dan selesa berkongsi kisah hidupnya.

Enggan berkongsi kisah peribadi terutamanya hubungan cinta, itulah prinsip tegas yang dipegang oleh pelakon popular, Tiz Zqyah.

Namun pendirian itu mula berubah apabila bintang Nur Kasih kini lebih terbuka berbicara soal peribadi dan kisah cintanya bersama jejaka pilihannya, Daniel Haziq.

Akui lebih senang berterus terang, Tiz tidak mahu lagi menyembunyikan sesuatu daripada peminatnya.

“Memang sebelum ini saya agak tegas untuk membicarakan kisah peribadi tapi pada masa yang sama saya rasa lebih terbeban.

“Sekarang semuanya berbeza. Saya lebih selesa sebab tidak perlu sembunyikan apa-apa lagi terutamanya kepada pihak wartawan dan peminat.

"Walaupun saya tahu, mungkin masih ada kritikan yang bakal dilemparkan tapi bebanan itu lebih ringan daripada sebelum ini” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Biarpun sudah lebih kurang setahun menjalinkan hubungan cinta, Tiz memberitahu mereka masih belum membuat perancangan ke alam perkahwinan.  

“Naluri wanita pasti ada keinginan untuk ke arah itu. Begitu juga dengan saya sendiri.

“Tapi buat masa ini kami belum ada perancangan. Kalau ia akan berlaku, saya akan beritahu sebab ini berita baik,” katanya yang nafi akan mengakhiri zaman bujangnya tahun ini.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget