Masalah komplikasi jantung dan paru-paru berair disyaki menjadi punca Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengalami sesak nafas, kata setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mukhtar.
Dr Shamsuri berkata buat masa ini, Abdul Hadi dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi untuk pemeriksaan seterusnya.
"Pada masa ini doktor suspect ada komplikasi jantung dan masalah paru-paru berair.
"Alhamdulillah pengarah hospital sendiri turun dan pakar-pakar sedang bersama saya di sini, sebuah hospital universiti," katanya kepada Astro AWANI.
Abdul Hadi dilaporkan sedang dirawat di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul.
Abdul Hadi bersama Dr Shamsuri dan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi berada di Istanbul kerana menghadiri Kongres Umat Islam Antarabangsa anjuran Pusat Penyelidikan Ekonomi (ESAM) yang berpengkalan di Istanbul.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhamad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas memberitahu Abdul Hadi dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas.
No comments:
Post a Comment