.Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menasihatkan golongan Melayu dan beragama Islam supaya berwaspada dengan permainan musuh yang melemparkan tuduhan rasis dan ekstremis agar mereka tidak berani bangkit mempertahankan hak mereka.
Presiden Isma Abdullah Zaik Abdull Rahman berkata, golongan musuh mahu bangsa Melayu terus terbelenggu pemikiran dan kehendaknya supaya mereka dapat meneruskan agenda tersembunyi.
"Mereka mahu kita terhina melihat agama diperkosa, maruah bangsa dipijak dan negara tergadai dalam keadaan kita tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau hari ini umat Islam dan bangsa Melayu masih teragak-agak, lambat laun bumi tercinta ini akan terlepas daripada genggaman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Tuduhan rasis, ekstremis dan seumpamanya adalah serangan psikologi dan minda agar puak pribumi tidak berani bangkit mempertahankan hak mereka.".
Melalui “surat terbuka kepada umat Melayu dan Islam”, Abdullah Zaik berkata pihak musuh turut memperdayakan orang Islam dengan slogan kebebasan, kesamarataan dan persaudaraan insan.
Malah turut memperjuangan hak kebebasan memilihh agama lalu diganti dengan piagam hak asasi manusia dan nilai-nilai sejagat.
"Apabila umat Islam benar-benar menelan umpan, maka puak-puak kapitalis Yahudi menerusi proksi-proksi mereka akan memperkukuhkan kedudukan mencengkam sepenuhnya setiap sendi kekuasaan," katanya.
Menurut Abdullah Zaik, golongan yang mengaku diri mereka sebagai Islam liberal sanggup mempertahankan agenda musuh, biarpun kesucian agama dan maruah bangsa tergadai atas nama dakwah, toleransi dan keharmonian kaum.
"Malangnya, tanpa mereka sedari, segala yang mereka miliki hilang daripada pegangan. Waktu mereka memahaminya, tatkala itu tangisan penyesalan sudah tidak berguna lagi," katanya.
Beliau berkata, penjajahan bukan menunggu datangnya bala tentera melanggar sempadan negara sebaliknya bangsa yang dijajah adalah bangsa yang kehilangan jati diri, terkongkong aspirasi dan terbelenggu kehendaknya di bumi sendiri.
Malah katanya bangsa yang terjajah adalah bangsa yang membisu membiarkan kedaulatan dicabul di depan mata.
Tambahnya, negara kini sedang menghadapi ancaman dan gugatan berterusan dari segenap penjuru, daripada pelbagai pihak yang beraksi sebagai proksi kepada Yahudi Zionis Evangelis yang mahu meleburkan jati diri umat dan menguburkan Islam sebagai identiti negara.
Abdullah Zaik berkata, memperjuangkan hak kedaulatan bangsa dan agama adalah satu kewajiban, tanggungjawab maruah dan hak semula jadi yang mesti diakui oleh semua.
"Wahai saudaraku, merdekakanlah kehendak demi kedaulatan bangsa. Jangan terus dibiarkan bangsa asing memaksa kehendak mereka ke atas kita atau mengekang kemahuan kita.
"Tinggalkan ketakutan dan tampil nyatakan pendirian. Kita wajib mempertahankan hak kuasa wewenang dalam pembuatan dasar dan penentuan masa depan negara dengan bebas dan merdeka," katanya. – 12 Mei, 2014.
1 comment:
Isma nak mempertahankan Madir dan kroni yg berasuah dan menyamun Negara. Harap Yahudi dapat menyelamatkan Negara.
Post a Comment