KL CHRONICLE: Isi Kandungan Letter of Demand @razlanrafii kepada CADBURY

Tuesday, May 27, 2014

Isi Kandungan Letter of Demand @razlanrafii kepada CADBURY


Berikut adalah isi kandungan Letter of Demand dari Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan kepada Syarikat Cadbury yang telah mengedar coklat mempunyai DNA Babi di Malaysia.




Pada pendapat saya tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah ini sangat tepat kerana apa yang telah dilakukan oleh CADBURY ini merupakan satu tindakan yang sangat-sangat tidak sensitif terhadap umat Islam.


Saya berharap semua Pergerakan Pemuda Negeri dapat mencontohi tindakan yang dilakukan oleh Razlan Rafii ini dan sama-sama menghantar Letter of Demand kepada CADBURY. Sebagai unat Islam, Kita harus menunjukkan solidarity  dalam perkara ini. Tolak lah perbezaan politik memandangkan isu ini melibatkan agama kita

1 comment:

maae said...

Sudah masa nya umat Islam buat kilang coklat, produk makanan harian, produk keperluan asas lain dan berbagai-bagai halalan toyyiba.

Adabi sudah buat. GLC kerajaan bila lagi hendak mempelbagaikan ? Bukan tidak mampu, malas berfikir dan bertindak di luar kotak sebab hidup atasan sudah mewah dan selesa.

Jika seorang CEO didik 10 pengilang atau pengeluar seorang lagi mendidik menjadi pengedar(bukan pengedar dadah sudah lah..) maka seorang CEO lagi melatih rangkaian peniaga-peniaga. Akhir nya melalui pengiklanan dan penjenamaan, seorang lagi CEO mempromoai semua jenis produk. Dari segi logostik dan pengangkutan, seorang lagi CEO menyasarkan latihan dan penempatan...

Agak cerita katun bukan ? Secara serius laksanakan lah program ini secara besar- besaran melibatkan semua sektor. FGV sudah buat tetapi kenapa tidak meluas ? Asas nya kita sudah bersedia, cuma otak karat belum di cuci...maksud nya bila ada peluang, orang yang ada kuasa, berpangkat akan melapah dulu ! Peluang di sekat maka yang betul-betul memerlukan di abaikan dan di nafikan.

Melayu mesti menjadi pengeluar / pengilang, pengedar, penjual dan pembeli.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget