Thursday, May 1, 2014
Himpunan Anti-GST berakhir kecoh #BantahGST
Apa yang bermula sebagai himpunan aman membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berakhir dengan kekecohan sebentar tadi.
Di saat peserta-peserta demonstrasi mula meninggalkan perkarangan Dataran Merdeka lebih kurang jam 4.50 petang, sekumpulan anak muda dari NGO Pro Pembangkang, SAMM yang berpakaian serba hitam mula bergerak masuk ke Jalan Raja dan melaungkan ‘revolusi’ dan menyalakan suar.
Kumpulan ini dipercayai kumpulan yang sama yang membakar suar di jalan masuk menuju ke Dataran Merdeka dan menggelarkan diri mereka sebagai ‘Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)’.
Di samping melaungkan revolusi, mereka turut menghambur cacian kepada warga media dan yang cuba mengambil rakaman serta gambar mereka.
Sebelum itu, mereka telah memaki hamun dan bertelagah dengan petugas Unit Amal yang telah mengawal suasana demonstrasi dengan baik sebelum itu.
Media alat propaganda kerajaan.
“Ini bukan masa untuk ceramah, Dah 50 tahun Umno perintah negara. Bila nak berubah?,” antara laungan yang kedengaran dari kumpulan itu.
Suasana bertukar kecoh apabila ada di antara anggota kumpulan tersebut mula menggunakan kekerasan kepada warga media.
Dipercayai seorang jurukamera telah dipukul dan ditendang oleh ahli kumpulan ini.
Sebatang kayu bendera turut dilontarkan ke arah warga media dan terkena anggota media yang bertugas.
Pergaduhan hampir pasti tercetus di antara kumpulan SAMM ini dengan warga media jika tidak kerana ianya dileraikan oleh pihak Polis.
Kumpulan itu yang dibarisi oleh remaja berusia d iantara belasan tahun hingga awal 20 an berterusan ‘menghalau’ warga media dari Dataran Merdeka..
Perkara ini berlaku di dalam pengawasan pihak polis yang bertugas.
Seramai lebih kurang 5 ribu peserta menyertai himpunan aman membantah pelaksanaan GST hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment