Tuesday, May 6, 2014

[Breaking News] @TeresaKok tidak mengaku salah atas tuduhan hasutan

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi ini, bersama peguamnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 Mei, 2014.

Ahli Parlimen Kontroversi Seputeh daripada DAP, Teresa Kok mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan berhubung klip video sambutan Tahun Baru Cina kontroversi bertajuk “Onederful Malaysia” yang menghina umat Islam dan pemimpin negara, awal tahun ini.



Berbaju kurung merah, Kok kelihatan tenang ketika duduk dalam kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, dikelilingi rakan dalam pakatan pembangkang termasuk Fong Kui Lun, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing, Rajiv Risyakaran.

Pertuduhan dibacakan di depan Hakim Norsharidah Awang manakala Kok diwakili peguam Datuk Param Cumarasamy, dan pemimpin pembangkang Sankara Nair dan Gobind Singh Deo.

Walaupun mendakwa klip video itu adalah satira kehidupan politik Malaysia, Kok dikutuk dan dihina, malah lebih 300 laporan polis dibuat terhadapnya.

Tidak cukup dengan itu, gabungan pertubuhan bukan kerajaan Melayu mengadakan bantahan di Kuala Lumpur, dengan menyembelih dua ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Kok sebagai tanda marah mereka terhadap pemimpin Pakatan Rakyat kerana menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Kok adalah ahli politik pembangkang terbaru yang didakwa di mahkamah atas tuduhan menghasut selepas mendiang Karpal Singh, yang didapati bersalah di bawah Akta Hasutan awal tahun ini kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan terhadap Sultan Perak ketika krisis perlembagaan di negeri itu pada 2009.

Lewat hari ini, Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nk Ahmad akan didakwa semula mengikut seksyen yang sama di bawah Akta Perhimpunan Aman yang membebaskannya beberapa hari lalu.

Seorang lagi ahli politik pembangkang yang akan didakwa ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Bantu, Tian Chua yang menulis di akaun Tweeternya Perdana Menteri Najib Razak tidak akan bertahan walaupun hanya lima bulan jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara kerana liwat.

No comments:

Post a Comment