KL CHRONICLE: Pemilihan PKR ada Blackout, Penipuan, Pukul semua tapi UMNO jugak salah?

Tuesday, April 29, 2014

Pemilihan PKR ada Blackout, Penipuan, Pukul semua tapi UMNO jugak salah?

Insiden di Sabak Bernam
Tiada calon yang diberikan layanan istimewa oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam menghadapi pemilihan PKR, menurut Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, JPP merupakan entiti bebas yang tidak terikat dengan pimpinan PKR.



“JPP tidak terikat dengan pimpinan tetapi sebaik sahaja yang dianggap curang atau cuai atau ada jelas penipuan dan keganasan tindakan segera diambil,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Insiden di Klang
Anwar turut melontarkan sokongan penuh kepada JPP untuk mengendalikan sebarang siasatan  berhubung salah laku dalam pemilihan parti.
“Saya meletak kepercayaan penuh kepada JPP kerana kita tidak bertolak ansur…kita tidak sama macam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya sambil tertawa.
Kes di Batang Sadong
Mengulas mengenai tuduhan berlakunya manipulasi undi di Batang Sadong yang dikatakan melibatkan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Anwar berkata ianya sedang dalam siasatan JPP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul.
“JPP dalam memberikan penjelasan kepada saya…arahan kita sebaik ada elemen kecuaian dan penipuan siasat segera, batal atau tangguh (pemilihan).
“Jangan tolak ansur sama sekali. Tidak kira siapa calon yang menang.
“Johari dan Malek Husin sendiri turun di Sarawak melihat apa yang terjadi,” katanya lagi.
Baru-baru ini Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya penyandang Timbalan Presiden Azmin Ali dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran dakwaan memanipulasi undi di cabang tersebut.
Beliau yang lebih dikenali CheguBard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.
JPP semalam menegaskan tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.
Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi dilakukan di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka dan pada masa sama berlaku ‘blackout’.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget