KL CHRONICLE: Alahai, PKR kesal @BarackObama tidak jumpa @Anwaribrahim dalam lawatan ke Malaysia

Tuesday, April 22, 2014

Alahai, PKR kesal @BarackObama tidak jumpa @Anwaribrahim dalam lawatan ke Malaysia



PKR menyatakan kekesalan kerana Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tidak menjadikan pertemuan dengan bekas banduan dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebahagian daripada jadual lawatannya ke Malaysia hujung minggu ini.



Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata kunjungan presiden itu ke negara ini dilihat signifikan ketika kes liwat II Anwar dalam proses rayuan.

"Kita anggap kunjungan itu sebagai keadaan yang jelas di saat Anwar kini dalam proses rayuannya biarpun kita mengetahui penolakanan itu kerana mahu Amerika dilihat sebagai negara mempromosi amalan kematangan dan demokrasi yang bebas.

"Namun dalam kes Anwar ini, isunya mendapat perhatian sedunia, kita merayu pentadbiran Obama dapat melihat daripada setiap sudut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Jesteru itu beliau berkata dalam pendirian Obama yang tidak mahu campur tangan pentadbiran Malaysia, beliau perlu melihat konteks ketidakadilan khususnya dalam kes mahkamah ketua pembangkang itu. 

Penasihat Keselamatan‎ Negara AS, Susan Rice mengesahkan tidak ada pertemuan yang akan diadakan antara Anwar dan Obama seperti dilaporkan AFP pada Ahad.

"Saya fikir presiden mungkin tidak membuat pertemuan dengan Anwar," katanya.

Kunjungan Obama adalah merupakan lawatan pertama presiden AS sejak Lyndon Johnson melawat Malaysia pada 1966. 

1 comment:

HAFIZZ.YUSOF said...

Kalau dah tak nak jumpa buat apa bising2. Tak retike?????

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget