Bila dibebaskan, Kehakiman telus tetapi bila bersalah kehakiman tidak telus pulak? |
Setelah gagal dalam usaha menarik balik kenyataan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan yang beliau mempunyai kecenderungan homoseksual, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan kebimbangan melihat trend badan kehakiman yang dijadikan alat politik dan bukannya penegak keadilan.
Beliau berkata, trend tersebut amat membimbangkan apabila keputusan yang dibuat mahkamah lebih ke arah politik dengan mengenepikan fakta dan undang-undang.
Katanya, melihat situasi itu, ahli Parlimen Pakatan Rakyat sepakat membangkitkan kelemahan badan kehakiman negara untuk dibahaskan di Sidang Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.
"Ini berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan, dengan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Makinuddin yang juga diketahui sebagai penasihat Perkasa di mana hujahnya menyinggung dan mempunyai unsur perkauman," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini. – 26 Mac, 2014.
No comments:
Post a Comment