KL CHRONICLE: Rather than Helping, Portal Pro Pembangkang Cuba Lagakan @HishammuddinH20 & @NajibRazak

Sunday, March 30, 2014

Rather than Helping, Portal Pro Pembangkang Cuba Lagakan @HishammuddinH20 & @NajibRazak


Kepercayaan ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein melonjak selepas kehilangan penerbangan MH370, lapor media Pro Pembangkang The Malaysuan Insider. 




Hishammuddin yang sebelum ini menerima kritikan hebat dalam mengendalikan krisis tersebut khususnya daripada media luar, bagaimanapun pemangku menteri pengangkutan itu kini mendapat banyak sokongan ramai.

“Jika semua media luar negara dahulu terus menyerang beliau, kini media luar termasuk semua rakyat Malaysia telah berada di belakangnya," kata Oh Ei Sun, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009, lapor SCMP.

"Secara domestik, ia sebenarnya melonjak kepercayaan kepadanya kerana orang ramai melihat beliau lebih berkelayakan semasa berdepan situasi sukar,” katanya.

Kebanyakan wartawan turut memuji Hishammuddin apabila berkata, hanya Najib saja mampu melakukannya sebagaimana yang dibuat Hishammuddin sekarang.

"Jika anda bertemu dengan mana-mana menteri kami yang lain, awak sudah tentu tahu kenapa. Hanya Najib seorang saja mampu membuat sama baik dengan beliau, tetapi bukannya lebih baik," kata seorang wartawan tempatan yang membuat liputan sidang media harian Hishammuddin kepada SCMP.

Bukan saja wartawan tempatan, pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Tan juga menyokong pandangan ini, lapor The Malaysian Insider.

Kepemimpinan Hishammuddin lebih terserlah kali ini, berbeza ketika mengendalikan pencerobohan Sulu di Lahad Datu pada 2013.

"Beliau kurang baik dan ramai yang mengkritiknya," kata Sivamurugan Pandian, penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia dipetik dalam SCMP.

"Sekarang beliau sangat berbeza dan benar, kebanyakan rakyat Malaysia merasakan beliau menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Hishammuddin dalam pemilihan Umno tahun lalu berjaya mengekalkan jawatan naib presiden dengan 101 undi, bagaimanapun beliau ditentang sengit anak bekas perdana menteri paling lama berkhidmat yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pengkritik juga meramalkan Hishammuddin sebagai bakal perdana menteri, serta meneruskan legasi keluarga Razak dalam pemerintahan negara. – 30 Mac, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget