Jurugambar sebuah portal berita mengecam
tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat
dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan
kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun
baru-baru ini.
Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambar
tersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang
membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang
jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.
“Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan
‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat
dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk
memperbodoh-bodohkan masyarakat.
“Sebagai seorang pemimpin yang
kononnya ‘anugerah tuhan’, dia tidak sepatutnya menggunakan
pendekatan murahan seperti itu,” ujarnya.
Isu gambar recycle ini bermula, apabila
semalam (27 Feb) seorang penyokong Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan
gambar tersebut pada pukul 12:35 petang dengan mengatakan status “Biar
gambar berbicara ketibaan @anwaribrahim di Narita Airport”.
Seterusnya pada pukul 12:52 petang, status
tersebut telah ‘diretweet’ oleh Anwar dengan menggunakan akaun
rasminya seolah-olah bersetuju dengan ‘status’ tersebut.‘Retweet’ Anwar
itu kemudiannya telah disebarkan pula oleh para pengikutnya yang beranggapan
kononnya ketibaan Anwar di Jepun benar-benar mendapat sambutan yang hebat dari
pihak media di sana.
Shaik turut beranggapan, tindakan terdesak
itu mungkin dilakukan bagi membersihkan kembali imejnya yang sebelum ini
tercalar kerana dihalang dari memasuki ke negara tersebut’.
Pertengahan bulan yang lalu masyarakat di
negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau
pulang apabila pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.
Demi untuk mengelakkan maruahnya dari
tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi
dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.
Namun semua tuduhan yang tidak berasas
itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini
menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, kerana gagal untuk memohon
dan mengemukakan visa perjalanan.
Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia
mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di
laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti
Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan
lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.
No comments:
Post a Comment