Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER (9M-MRO) berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lalu namun hilang dalam perjalanan ke Beijing.
Terdapat 227 penumpang dan 12 anak kapal di dalam pesawat itu.
Pagi ini, Australia menyatakan kerja pencarian objek yang ditemui di laut akan diteruskan.
Pengurus Besar Keselamatan Maritim Australia John Young berkata semalam, objek yang ditemui itu berukuran sekitar 24 meter.
Kapal dan pesawat dari Amerika Syarikat, United Kingdom serta New Zealand akan menyertai kerja pencarian yang diketuai Australia.
Berikut adalah 12 soalan berkaitan kehilangan MH370:
Bilakah akan dapat diketahui serpihan yang ditemui di selatan Lautan Hindi itu milik MH370?
Imej satelit serpihan diambil pada Ahad namun masih belum disahkan milik MH370, bagaimanapun ia dilihat sebagai perkembangan baru dalam penyiasatan pesawat hilang itu setakat ini.
Satelit merakam gambar dua objek tersebut kira-kira 23km antara satu sama lain. Kawasan berkenaan jauh dari laluan pesawat komersial.
Mungkinkah serpihan pesawat masih terapung?
Salah seorang penyiasat kemalangan udara terkemuka dunia, Remi Jouty yang merupakan ketua Biro Siasatan dan Analisis Kemalangan Air France berkata pesawat hilang mungkin tidak ditemui jika karam di Lautan Hindi, katanya dipetik dari Financial Times.
Ini disokong oleh Steve Wallace, bekas pengarah siasatan kemalangan di Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat yang berkata jika pesawat terhempas di lautan, serpihan besar tidak akan terapung sekarang, katanya kepada CNN.
Hanya serpihan ringan seperti jaket keselamatan dan tempat duduk sahaja mungkin terapung. Struktur pesawat tidak boleh terapung selepas beberapa hari jatuh ke permukaan air, katanya.
No comments:
Post a Comment