Wednesday, March 12, 2014

12 Bukti #PAS Bukan Parti Islam #KLChronicle


1. Dr. Hasan Ali tu Naib Presiden PAS, tertendang pasal tekanan rakan Pakatan lain. Salah satu isu kes murtad orang Islam di gereja. Orang macam Hasan Ali tu ancaman kepada penguasaan DAP dan PKR. DAP dan PKR nak orang macam DS Nizar. Ikut aja orang pegang lilin depan orang mati, tak banyak bunyi.




2. Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS, tertendang juga

3. Isu Kalimah Allah - Dewan Ulama PAS sepakat patuh ketetapan Majlis Fatwa. Tapi pendirian rasmi PAS bagaimana? Golongan liberal macam Khalid Samad senada dengan PKR dan DAP tentang isu kalimah Allah ni. TG Haron Din dan Ustaz Harun Taib kena tolak tepi. Semua pasal nak jaga hati rakan tahaluf siasi. Ya Allah. Tahaluf Siasi tu apa ke benda nya? Macam akidah sifat 20 Assyairah dah jadinya. Semua halal demi Tahaluf. Astagfirullah

4. Isu JAIS semalam - tengok press conference YB PAS Sallehan Mukhyi...dia bagi statement SOP JAIS patut diperkemaskan. Bukannya berani menyokong. Tengok2 sebelah dia ada Charles Santiago dan Xavier Jeyakumar. Nampak muka kecut aja YB Sallehan. Apa pendirian YB PAS? Sapa exco agama?

5. Isu JAIS lagi - Hannah Yeoh boleh selamba tulis kat twitter suruh MB Khalid Ibrahim amik tindakan kat JAIS. Ewah ewah, dah la JAIS bawah exco PAS, isu pun isu agama. DAP lak lebih sudu dari kuah?

6. Kerusi PAS - PAS pegang kerusi terbanyak kat DUN Selangor. Dapatla pegang exco yang biasa biasa aja. MB jauh sekali la. Alasan tahaluf siasi. 

7. PAS Penang - PAS penang dah bagi kata dua kat kerajaan DAP Penang. Takde apa apa pun kat Penang. Last last pesuruhjaya PAS penang kena tukar...Datuk Saleh Man. Tukar ke abg Mat Sabu. Nak jaga hati DAP

8. Isu hudud - PAS dah perjuang hudud berdekad dekad dah. Macam mana dalam manifesto boleh gugur hudud? Kata perjuang Islam sebab nak keredhaan Allah, bukan penting menang kalah. Kalau menang pun, tetap takleh laksanakan, ingat DAP dan PKR nak bagi? 
UMNO tu citer lain..dia memg tak bagi. Apa bezanya gitu? Back to soalan asal, kenapa gugur hudud dalam mainfesto? 

9. Rata rata seluruh negara, PAS asyik mengalah kepada DAP dan PKR. Macam mana orang Melayu nak beri kuasa pada PAS tanpa jaminan PAS takkan tunduk pada PKR dan DAP?

10. Isu pendidikan jenis kebangsaan - PAS berulang kali menyokong penuh vernakular ni. Sebab jaga hati. Come on la...

11. 3 Adup DAP kata nak pinda enakmen berkaitan Islam di Selangor. PAS senyap membisu seribu bahasa. Islam dicabar ni bai.. secara terang terangan. Aku tak kata UMNO tu bagus, tapi dalam situasi sekarang nampaknya PAS tak bermaya

12. Isu COMANGO. Ada 54 NGO bergabung nak minta UN sokong resolusi mengatakan malaysia menindas kebebasan beragama, hak LGBT dan hak minoriti. UMNO sebagai kerajaan pun fail la, dia cuma mampu hantar NGO Islam mempertahankan negara, sebab kerajaan Malaysia tak boleh kelihatan bias kepada Islam dan Melayu. Tapi PAS apa sebut? Dah la NGO tu semua kebanyakan rakan Pakatan macam Bar Council, mostly NGO yang support Bersih. 

PAS perlu kerja keras yakinkan orang Melayu bahawa PAS mampu mempertahankan hak Islam di Malaysia, bukannya asyik mengalah kepada puak puak bukan Islam

UMNO perlu berubah agar dilihat rakyat sebagai pilihan terbaik. 

Berani berubah!

No comments:

Post a Comment