Sebelum PRU-13, Anwar ada membuat kenyataan bahawa beliau akan
bersara dari politik sekiranya tidak berjaya merampas Putrajaya. Kononnya beliau telah ditawarkan
jawatan Pensyarah di Perancis walaupun kelayakannya hanyalah Ijazah Pengajian
Melayu tahap cukup makan. Kenyataan
tersebut sedikit sebanyak memperlihatkan perwatakan pemimpin yang matang yang
tahu bila masanya untuk berhenti.
Namun, rakyat Malaysia lebih mengenali siapa Anwar iaitu beliau
adalah seorang penipu tersohor. Hampir
tiada satu kenyataan pun yang keluar dari mulutnya yang boleh dipercayai.
Justeru kita tidak hairan apabila Anwar kalah dalam PRU-13, beliau
tidak mengotakan kata-katanya untuk bersara, sebaliknya cuba merampas kuasa
melalui jalanraya kerana terlalu kempunan untuk menjadi Perdana Menteri. Beberapa siri demonstrasi diadakan
termasuk mengerahkan penyokongnya berguling di dalam jerebu untuk tujuan
itu. Kesudahannya Anwar terpaksa juga mengangkat sumpah sebagai Ketua
Pembangkang, dan bukannya Perdana Menteri.
Hari ini, Anwar tidak lagi bercakap tentang persaraan tetapi
beliau ingin menjadi Menteri Besar pula. Katanya, beliau ingin membuktikan
kepimpinannya melalui Selangor yang merupakan negeri paling kaya di
Malaysia. Kononnya, dengan
cara inilah maka beliau dapat mempertontonkan kepada rakyat ‘cara
pemerintahannya’ yang jauh lebih baik dan lebih telus dari BN.
Bagi mencapai matlamat ini, Anwar telah membazirkan jutaan wang
rakyat untuk mengadakan Pilihanraya Kecil di Kajang. Anwar juga perlu menyingkirkan Khalid
Ibrahim. Sebelum itu, 23 kakitangan PKNS yang tidak bersalah telah
terlebih dahulu menjadi mangsa penyingkiran dalam kemelut politik PKR ini,
apabila mereka dibuang
kerja tanpa sebab bagi membolehkan pemimpin atasan parti menjalankan agenda
masing-masing.
Pun begitu, pada mulanya, apabila ditanya mengenai jawatan MB,
Anwar tetap memilih untuk berbohong kononnya beliau tidak
menginginkannya.
Bagaimanapun, dalam
wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge yang disiarkan media
rasmi kerajaan negeri Selangorkini pada 31 Januari lalu, Khalid berkata “Sebenarnya
Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat ialah
peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan.”
Anwar kemudiannya mengaku mempunyai perancangan untuk menjadi MB
dalam wawancara dengan Australia Network Newsline baru-baru ini.
Kemudiannya, dalam wawancara dengan sebuah portal, Ant Daily,
yang dipetik oleh Antarapos semalam, Anwar menyatakan bahawa beliau sedang
menimbang untuk ‘bertanding’ jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu tak
lama lagi.
Alasan Anwar, Wan Azizah sudah lama ingin bersara dan bahawa
jawatan Ketua Umum yang disandangnya hanya ‘dicipta’ untuk beliau, yang pada
ketika dipenjara. Dalam
kata lain, Wan Azizah sejak dari awal lagi hanya dilantik menjadi Presiden atas
dasar ‘sementara’ iaitu sehingga Anwar dibebaskan dan layak mengambil-alih
jawatan itu darinya.
Nampaknya, Anwar bukan sahaja tidak jadi bersara, tetapi ingin
menjadi MB, kemudian Presiden parti dan pastinya matlamat utamanya tetap
jawatan Perdana Menteri. Benarlah
kata sahabat Anwar, Jusuf Kalla dari Indonesia, iaitu ‘Anwar sudah gila’,
akibat terlalu tergila-gilakan kuasa.
Anwar mungkin mengambil sikap ‘membujur lalu melintang patah’
kerana ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’. Apa yang pasti ialah Anwar telah
menghabiskan hampir keseluruhan hidup dewasanya untuk merebut jawatan Perdana
Menteri dan beliau jelas enggan mengalah kepada takdir.
Anwar bermimpi menjadi Perdana Menteri Biseksual pertama di
sebuah negara Islam dan Anwar berazam untuk membalas dendam kepada mereka yang
telah menggagalkan usahanya selama ini. Anwar
tidak sanggup mati tanpa merasai empuk kerusi Perdana Menteri dan membiarkan
musuhnya menang.
Untuk itu, semua orang perlu memberi jalan kepadanya – Lee Chin
Cheh, kini bekas ADUN Kajang, Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sekarang
dan isterinya sendiri yang juga Presiden PKR iaitu Wan Azizah terpaksa meletak
jawatan. Tidak mustahil,
sekiranya laluan yang dibuka mereka ini masih belum dapat melonjakkan Anwar
terus ke kerusi Perdana Menteri, maka Anwar akan meminta penyokongnya
mengadakan demonstrasi dengan berkorban nasib, keringat, darah, nyawa dan juga
maruah mereka, bagi membina jambatan untuknya ke Putrajaya.
No comments:
Post a Comment