Ramai yang seakan sinis apabila ada yang
mengatakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali merajuk kerana semakin
dipinggirkan. Malah tidak kurang juga ada yang mengatakan ia hanyalah ‘game’
untuk menagih semula ‘kasih’ Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Seperti yang pernah dilaporkan sebelum
ini, sejak bermulanya krisis pergolakan dalaman dan perebutan kuasa di
Selangor, Anwar dilihat lebih memihak kepada Abdul Khalid Ibrahim selaku
Menteri Besar berbanding Azmin.
Malah perlantikan Khalid sebagai Pengarah
pilihan raya DUN Kajang juga seperti ingin meminggirkan Azmin, walaupun dia
merupakan Pengerusi, PKR Selangor. Lebih menghairankan apabila kelibat Azmin
juga hampir tidak kelihatan di sepanjang ‘kempen awal’ yang dilakukan Anwar.
Walaupun ada di kalangan penyokong PKR
mengatakan ia hanyalah ‘persepsi’ yang sengaja dimainkan untuk memecahbelahkan
parti itu. Namun berdasarkan bukti dan fakta yang ada di tambah dengan
kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan PKR sebelum ini, ternyata bukan
sekadar persepsi namun merupakan realiti.
Terbaru, ahli parlimen Gombak itu turut
memuatnaik tulisan Yusof Harun yang bertajuk ‘Putus Sudah Kasih Azmin’ di dalam
blognya. Artikel tersebut antara lainnya mengupas peranan dan ‘bakti’ yang
pernah dicurahkan oleh Azmin kepada Anwar selama ini.
Namun demi kepentingan politik, semua jasa
bakti tersebut seakan-akan diketepikan oleh Anwar demi memenuhi nafsu
politiknya.
“Oleh itu, umum kian faham betapa Anwar
sanggup mengetepikan Azmin demi kepentingannya sendiri. Apakah sudah putus
kasih sayang mereka berdua? Atau ia hanya wujud semata-mata sebagai kasih
sayang politik?”.
Untuk makluman Yusof Harun adalah
merupakan seorang penulis tamu di dalam akhbar Sinar Harian yang sering
menghentam dan mengkritik Anwar.
Persoalannya ialah, apa motif Azmin
memaparkan artikel yang dikarang oleh penulis yang sering menghentam Anwar di
dikongsi pula dengan semua pengunjung blog rasminya itu? Apakah ia membawa
maksud Azmin bersetuju dengan setiap bait-bait perkataan yang dinukilkan oleh
Yusof Harun itu?
Apakah ini bermakna Azmin turut menyedari
dan merasai, ‘layanan’ bosnya itu sudah tidak lagi sama. Atau dalam bahasa
lirik,
Anwar yang dulu, bukanlah sekarang,
Dulu sayang Azmin, sekarang dia di
tendang,
Dulu, dulu waktu dipenjara, Azminlah
segala-galanya.
Kesimpulannya, ia bukanlah perkara baru
buat Anwar. Rata-rata mereka yang pernah menjadi pengikut setianya dahulu,
telah lari meninggalkannya. Ini kerana mereka akhirnya sedar dan dapat menilai
watak sebenar Anwar?
Persoalannya, apakah Azmin masih tetap
setia mengharapkan ‘kasih’ Anwar yang sering berubah mengikut ‘nafsu
politiknya’ atau bakal mengambil pendekatan untuk lari meninggalkannya?
No comments:
Post a Comment