Dari pakai PAS, baik aku pakai geng-geng UMNO aku, lagi bagus.. |
Masih ramai yang tertanya-tanya, apa
muslihat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan membawa bekas
Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran
Selangor.
Dia yang berucap di Kompleks Penghulu Batu
10 Cheras, di Kajang baru-baru ini, mengatakan Muhammad yang juga dikenali
sebagai Mat Tyson itu mempunyai kepakaran dalam program desa dan ia amat
diperlukan dalam pentadbiran Selangor.
Mat Tyson ketika diminta mengulas pelawaan
tersebut mengatakan dia sedia membantu sekiranya Anwar memerlukan khidmatnya.
Menjelang pilihanraya umum yang lalu, dia juga pernah mengumumkan hasratnya
untuk menyertai Pas
“Politik itu adalah the ‘art of possible’.
Tiada apa yang mustahil dalam politik,” katanya.
Muhammad adalah menteri besar Selangor
antara 1986 hingga 1997 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Hassan Omar. Dia
melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah
Majistret Brisbane memutuskannya bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4
juta ke Australia.
Ia sekali gus menimbulkan persepsi di
kalangan pemerhati politik yang merasakan ia sebagai satu muslihat Anwar untuk
memujuk para penyokong, ahli dan pimpinan Pas yang sebelum ini membantah keras
sebarang cadangan untuk menukar kepimpinan Selangor.
Umum mengetahui antara sebab utama
berlakunya pilihanraya kecil Kajang adalah bertujuan untuk membolehkan Anwar
bertanding sekali gus membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi
menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.
Ia ekoran dari masalah dalaman dan
perebutan kuasa antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang saling
menyerang antara satu sama lain. Atas alasan itu, PKR mendakwa Anwar diperlukan
untuk menyelesaikan kemelut tersebut.
Persoalannya, sekiranya benar Mat Tyson
diperlukan atas kepakarannya, mengapakah perkara itu tidak diumumkan oleh
Khalid? Sedangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang masih menyandang jawatan
tersebut, sudah pasti Khalid mempunyai ‘locus standi’ untuk menjemput Mat Tyson
berbanding Anwar.
Atau sememangnya Mat Tyson sebenarnya
diperlukan untuk memujuk pimpinan Pas agar menerima Anwar sebagai Menteri Besar
yang baru. Atau Anwar sebenarnya mengharapkan sokongan dan pengaruh istana Mat
Tyson yang pernah menjadi ipar kepada Sultan Selangor.
Ini kerana walau apa pun strategi yang
digunakan oleh Anwar, ia tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak mendapat
perkenan dari Sultan Selangor. Ini kerana keputusan terakhir untuk melantik
menteri besar yang baru terletak atas budi bicara Sultan Selangor, sekiranya
Tuanku tidak memperkenankan perlantikan Anwar nanti, semua kemelut di dalam
‘Gerak Kajang’ ini merupakan satu kerja yang sia-sia.
No comments:
Post a Comment