Tindakan bekas setiausaha politik Menteri
Besar Selangor, Faekah Husin yang dilihat cuba mengaitkan kaum keluarga
Timbalan Presiden PKR telah mengundang kemarahan para penyokong Azmin Ali yang
jelas tidak berpuas hati dengan tindakan itu.
Faekah yang juga merupakan Ketua
Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) dipetik melalui laman
twitternya pada 6 Februari lalu, dilihat seakan ingin menyindir Azmin apabila berpantun
mengenai ‘mereka’ yang sedang bersedih.
“Tersandung batu melatah Che Tom, Anak Pak
Ali menumpang sedu, Meracau merapu hati meruntun, Kemana hendak dibawa mengadu”
katanya.
Walaupun kenyataan tersebut tidak menyebut
nama Azmin secara terus, namun umum mengetahui ‘Che Tom’ dan ‘Pak Ali’ adalah
merupakan nama panggilan kepada ibu dan bapa Azmin.
Tambahan pula, pernah beberapa kali dia
dilihat ‘menyerang’ Azmin sebagai tindak-balas terhadap kritikan yang
dilemparkan kepada Khalid. Malah Azmin juga pernah melabelkan Faekah sebagai ‘anak
dara tua’ sebagai respon terhadap beberapa kenyataannya yang agak pedas sebelum
ini.
Paling menarik apabila tindakan Ketua Umum
parti itu, Anwar Ibrahim yang dilihat lebih menyebelahi Khalid dalam banyak isu
sehingga menyebabkan Azmin seperti ‘merajuk’.
Berbalik kepada isu pantun tadi, para
penyokong Azmin jelas marah dengan tindakan Faekah itu yang dilihat agak
keterlaluan apabila mengaitkan nama ibu dan bapa Azmin.
Malah ada menyifatkan Faekah sebagai
‘wanita beracun’ dan tidak kurang juga yang membalas pantun tersebut dengan
mengatakannya sebagai anak dara tak laku.
“Anak Pak Husin minah tak laku, naik
Mercedes dua pintu, alang nak sindir jangankan satu, tulis lah pantun biar
beribu” ujar Haziq Abdul Aziz.
Kesimpulannya di saat Anwar sedang
berusaha untuk mengukuhkan kuasanya sebagai Menteri Besar yang baru, namun
perebutan kuasa dan konflik dalaman yang sedang melanda PKR dilihat semakin
hebat. Persoalannya mampukah ia diselesaikan dengan kehadiran Anwar atau ada di
kalangan mereka yang akan ‘mati’ kerana ‘ditikam’ rakan sendiri.
Sama-samalah kita saksikan.
No comments:
Post a Comment