Keputusan Anwar untuk bertanding di PRK Kajang menimbulkan
kemarahan rakyat termasuk dari pihak penyokong dan NGO rangkaian PR
sendiri. Rata-rata rakyat
melihat ia sebagai langkah politik paling terdesak dan kotor kerana sanggup
membazirkan wang rakyat sekali gus. Keputusan
ini membuktikan yang parti
pembangkang tidak mengambil peranan wakil rakyat sebagai sesuatu yang
serius.
Semua orang boleh mengagak keputusan tersebut adalah bagi
membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor. Pada awalnya, Anwar telah menafikan
hal tersebut dan menepisnya sebagai spekulasi.
Namun, ternyata kini bahawa ‘menafikan’ sesuatu yang telah atau
akan dilakukannya merupakan sikap semulajadi Anwar. Dalam kata lain, Anwar adalah sejenis
manusia yang tidak boleh berkata benar.
Dalam wawancaranya dengan Australia Network’s Newsline semalam,
Anwar mendedahkan strateginya untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi
membolehkan beliau menjadikan negeri itu
sebagai model kepimpinannya. Menurut
Anwar, Selangor adalah negeri paling kaya, paling berkesan dan paling popular
dan beliau akan menggunakannya untuk menunjukkan bagaimana cara memerintah yang
baik dan telus. Jelas, Anwar memang berniat dan merancang untuk menjadi
Menteri Besar sejak dari awal.
Sikap lidah bercabang Anwar membuatkan kenyataannya dipandang
sinis oleh rakyat yang peka dengan permainan politik manusia Anugerah Tuhan
ini.
Selama perjuangan Anwar, kita lihat beliau sering memilih jalan
belakang, gemar menafi tetapi kemudian membuat U-turn, sentiasa bercakap lain
di hadapan satu pihak dan perkara yang bertentangan pula di hadapan pihak
lain.
Anwar boleh menjadi pro-Zionis dan pro-Islam sekali gus, Anwar
boleh menjadi pejuang Islam dan pejuang hak LGBT dalam masa yang sama, atau
pejuang Melayu dan pejuang penghapusan hak bumiputera mengikut masa dan tempat
di mana beliau berada.
Anwar boleh berkata yang beliau tidak ingin menjadi Menteri Besar
pada satu ketika, dan kemudiannya berkata yang beliau akan menjadi Menteri
Besar dua tiga hari selepas itu.
Justeru, apa jaminan yang beliau mampu menunaikan janji untuk
menjadikan Selangor sebagai model pemerintahan yang baik dan telus sekiranya
beliau berjaya menjadi MB? Apakah jaminan yang beliau tidak akan melakukan
sebaliknya, iaitu menjadi pemerintah yang kejam dan korup?
Sifat menipu dan korupsi tidak mungkin dapat dipisahkan. Orang yang tidak telus dalam urusannya
akan terpaksa hidup dalam penipuan bagi menutup kegiatannya. Memandangkan
menipu dan Anwar juga tidak dapat dipisahkan, maka tidak salah rasanya jika
kita mempersetankan saja janji Anwar untuk memerintah dengan baik dan telus
itu.
Anwar punya peluang untuk membuktikan beliau seorang pemerintah
yang baik dan telus pada suatu ketika dahulu. Namun, peluang itu telah digunakannya
untuk menjadikan dirinya dan sanak-saudaranya kaya dalam sekelip mata. Beliau juga hampir membankrapkan
negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan tunduk kepada
Amerika.
Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri
Besar dan peluang itu pula direbut dengan cara yang kotor.
Jika niatnya kotor, caranya juga kotor, maka bagaimana kita boleh
percaya yang Anwar mampu menjadi pemerintah yang bersih?
Persoalan kini ialah, apakah rakyat Selangor benar-benar sanggup
mengangkat si munafik ini sebagai Menteri Besar? Sudahlah munafik, peliwat pula. Sudahlah peliwat, perasuah pula. Sudahlah perasuah, tidak bijak ekonomi
pula. Pendek kata,
Anwar mungkin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin tetapi malangnya,
beliau tidak mampu menjadi pemimpin yang berkualiti.
Tanpa apa-apa jawatan, Anwar hanyalah seorang manusia munafik yang
gagal dalam hidupnya. Inilah
yang membuatkan Anwar takut sekali menjelang rayuan kes liwatnya untuk kesekian
kali.
No comments:
Post a Comment