KL CHRONICLE: Video Terbaru @razlanrafii : #KPDNKK Perlu Pantau Harga Barang Mentah Setiap Masa #KLChronicle

Saturday, January 18, 2014

Video Terbaru @razlanrafii : #KPDNKK Perlu Pantau Harga Barang Mentah Setiap Masa #KLChronicle



Ketua Pemuda UMNO Seputeh merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Saudara Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii memberi nasihat kepada pihak KPDNKK untuk sentiasa memantau harga barang keperluan bagi memastikan rakyat tidak dibebankan dengan harga barang yang tinggi. Kenyataan penuh Razlan Rafii adalah seperti berikut:


Lawatan PEMUDA UMNO WP ke pasar Raja Bot. Hasil tinjauan kami mendapati:

1. Peniaga tidak pamer harga
2. Peniaga ada 2 harga pada 1 barang.
3. Harga ada kenaikkan, seperti biasa kerana musim tengkujuh.
4. Pasar borong Selayang menentukan kenbanyakan harga barangan dan sering kenaikan bermula di sana.
5. Ada barangan mempunyai perbezaan jurang harga yang tinggi, contoh tomato import sama jenis ada yang berharga RM 4.50 dan ada yang berharga RM 5.50 sekilo.

Memang tidak dinafikan ada penungkatan harga di pasar Chow Kit, apabila ditanya banyak alasan diberikan antaranya bekalan yang terhad kerana musim hujan.

Saya juga ditanya berkenaan dengan jawatankuasa kos sara hidup yang kerajaan wujudkan. Jawapan saya mudah, hari ini rakyat merasai kenaikkan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harge elektrik dan dari pelbagai lagi pihak yang menindas pengguna, seperti dengan sengaja meraih keuntungan sewenang-wenangnya.

Oleh itu, kerajaan harus menetapkan tarikh Akhir (date line) untuk membentangkan keputusan kajian Jawatankuasa Kos Sara Hidup. Bila sudah ada keputusan, kerajaan harus memulakan awareness program secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Rakyat berhak untuk mendapat pembelaan sekiranya ada pihak peniaga yang sering menindas mereka. Aduan dan rintihan rakyat harus didengari oleh kerajaan.

KPDNKK juga seharusnya mengubah sistem harga yang digunakkan di pasar-pasar.  Kalau kita pegi pasar besar  harga sudah ditetapkan dimana tidak ada tawar menawar boleh dilakukan.

Persoalan saya kenapa penetapan harga ini tidak boleh di digunakan setiap pasar.  Ini kerana didapati ada peniaga yang mengambil kesempatan dari konsep tawar menawar ini dengan menaikkan harga sesuka hati. Contoh terbaik dari pemerhatian saya adalah harga ayam, sepatutnya RM 7.00  tetapi ada peniaga yang letak harga sehingga RM 7.70.

 Apabila ditanya mengapa peniaga ini berbuat demikian, beliau berkata harga ini adalah sebelum discount/ditawar oleh pembeli.

Selain itu, penguatkuasaan oleh pihak KPDNKK terhadap peniaga yang ingkar peraturan mesti dipertingkat dan dilakukan secara konsisten. Tidak ada lagi alasan dari pihak kementerian yang bertanggungjawab. Situasai politik hari ini amat berbeza, sering kali rakyat jadi mangsa apabila pembangkang mengambil kesempatan berkaitan isu kos sara hidup.

Apabila pembangkang memainkan isu kenaikkan kos, kerajaan yang dipersalahkan tetapi hakikatnya perkara ini dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga sesuka hati untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget