Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri kerana telah berani untuk melakukan perubahan yang drastik dalam bidang pertanian. Saya setuju dengan kenyataan rakan dimana harga barang mendadak naik adalah kerana sikap orang tengah yang tidak berhati perut yang naikkan harga barang sesuka hati hanya untuk meraih keuntungan yang tinggi.
Kita semua tahu puak mana yang menjadi orang tengah kepada petani, pesawah dan penoreh melayu. Orang tengah ini jugalah yang menyokong pembangkang dalam hal-hal kenaikan harga. Tetapi sebenarnya inilah game mereka, mereka naikkan harga barang, kemudian pembangkang pulak tibai kerajaan. Oleh itu tindakan kerajaan i.e. Tan Sri Muhyiddin, Khairy Jamaluddin, Ismail Sabri dan lain lain adalah sangat bagus. Kita hapuskan orang tengah dan control harga barangan supaya tidak dinaikkan sesuka hati.
Setuju dengan Zaharin |
Pemuda UMNO juga telah mewujudkan #SkuadPengguna dibawah Biro Kualiti Hidup. Skuad ini akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa harga barangan di pasar-pasar sekitar negara untuk memastikan peniaga mengikut ketetapan harga yang dikeluarkan oleh KPDNKK. Peniaga yang didapati menaikkan harga sesuka hati mereka akan dilaporkan terus kepada pihak KPDNKK untuk diambil tindakan.
Semua ini dilakukan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Insyallah.
No comments:
Post a Comment