‘Flash Mob Kangkung’ yang ketuai oleh Lee Khai Loon, ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk telah mengundang kemarahan masyarakat,
terutamanya dari kalangan orang Melayu.
Tanpa mengambilkira parti, orang-orang Melayu melihat perbuatan
biadap itu sebagai provokasi melampau orang-orang Cinta terhadap pemimpin
Melayu. Justeru, soal Khai
Loon adalah dari parti PKR tidak lagi timbul, sebaliknya DAP yang menjadi
sasaran kemarahan orang-orang Melayu. Bagi
orang-orang Melayu, Khai Loon adalah seorang Cina dan orang Cina secara amnya
adalah DAP berdasarkan keputusan PRU yang lalu.
Selain itu, kemarahan orang-orang Melayu juga adalah bersandarkan
hakikat bahawa perbuatan memperlekeh pemimpin Melayu dan orang-orang Melayu
adalah sinonim dengan DAP.
Sejak tercetusnya 13 Mei 1969 yang berpunca dari hasutan DAP,
orang-orang Melayu sentiasa curiga dengan parti ini. Apa yang berlaku dalam isu ‘flash mob’
ini membuktikan bahawa laungan “Melayu Mati!” dari 13 Mei 1969 masih terus
terngiang-ngiang di telinga orang-orang Melayu sehingga ke hari ini.
DAP cuba menangkis kemarahan orang-orang Melayu dengan memberi
alasan Khai Loon adalah pemimpin PKR, bukan DAP. DAP juga kelihatannya begitu
‘sensitif’ apabila 13 Mei diungkit semula dalam demonstrasi bantahan terhadap
perbuatan Khai Loon.
Dengan itu, Lim Kit Siang secara terbuka meminta agar Khai Loon
‘menimbangkan’ untuk meminta maaf terhadap kepimpinan negara atas
kebiadapannya. Kit Siang nampaknya cukup gusar sekiranya isu 13 Mei terus
berkumandang di udara Malaysia.
Bagaimanapun, kenyataan ‘menimbangkan’ yang digunakan oleh Kit
Siang di sini menyerlahkan sikap tidak ikhlas parti itu. Tiada kekesalan yang dirakam dari
kenyataan pemimpin DAP itu dalam isu ini tetapi, sebaliknya, beliau lebih suka
menekankan rasa tidak senang terhadap laungan 13 Mei dari orang-orang
Melayu.
Dalam kata lain, DAP bukan berminat untuk menangani isu kebiadapan
Khai Loon tetapi hanya ingin menangani isu laungan 13 Mei.
Benar, Khai Loon dari parti DAP, tetapi beliau adalah dari Pakatan
Rakyat.
Justeru, sedikit sebanyak, DAP tetap bertanggungjawab terhadap
perbuatan Khai Loon. Apatah
lagi dengan hakikat bahawa perbuatan menghina pemimpin BN juga turut terlebih
dahulu dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain sebelum ini.
Bukan tidak biasa kita melihat pemimpin tertinggi DAP memijak
gambar pemimpin BN. Malah,
mereka melakukannya beramai-ramai sambil bergelak ketawa. Ini juga merupakan satu
penghinaan. Khai Loon
nampaknya hanya mengikut jejak langkah mereka.
Pernahkah kita melihat Dato’ Seri Najib, Tun Abdullah atau Tun
Mahathir melakukan penghinaan melampau terhadap musuh mereka? Tidak pernah bukan? Malah, kita juga tidak pernah melihat
Anwar Ibrahim atau Nik Aziz berbuat yang sama, biarpun mereka turut memusuhi
kepimpinan negara.
Jelas, yang menjadi pelopor perbuatan menghina pemimpin secara
kebudak-budakan dan keterlaluan adalah kaum Cina DAP. Mungkin Khai Loon merupakan anak didik
Tian Chua dan bernaung di bawah PKR, tetapi beliau sudah pastinya terpengaruh
dengan cara pemimpin DAP yang terdiri dari bangsanya sendiri.
Apapun, kita tidak hairan dengan sikap biadap kaum Cina baik dari
DAP atau pun PKR. Yang kita
hairan ialah, apakah Anwar Ibrahim tidak merasa malu dengan perbuatan Khai
Loon? Kenapa bukan beliau
yang menyuruh Khai Loon meminta maaf?
Anwar adalah Ketua Pembangkang dan wajib bertanggungjawab atas
perbuatan pemimpin pembangkang, apatah lagi dari partinya sendiri. Anwar juga masih bercita-cita ingin
menjadi Perdana Menteri, jadi apakah wajar bagi seorang bakal Perdana Menteri
merestui perbuatan sebegini?
Sebenarnya, di manakah pendirian Anwar di dalam isu ini? Atau apakah pendirian Anwar sudah
tidak penting lagi dalam PR? Siapakah
yang menerajui PR pada hari ini? Anwar
atau Lim Kit Siang?
1 comment:
APA ADA SUSAH...NANTI UMNO MAAFKAN.
BOLIH BUAT LAGI, NANTI UMNO MAAFKAN LAGI !
Buat MAAF, bust MAAF.
SUNGGUH MELOYAKAN.
Post a Comment