Akhbar Nanyang Siangpau pada 21 November lalu memaparkan tulisan
Liew Suh Kian yang wajar diberi perhatian oleh semua masyarakat
Cina. Liew menulis mengenai Lim Kit Siang yang kini mencecah umur 72
tahun tetapi masih lagi giat berpolitik.
Menurut Liew, Kit Siang sudah tidak sepatutnya terus ‘galak’
atau garang berpolitik tetapi wajar berundur secara terhormat. Liew turut
membandingkan Kit Siang dengan Tun Mahathir yang telah lama bersara sedangkan
Kit Siang yang gemar mengutuk Tun Mahathir itu masih terus bertanding
pilihanraya.
Menyusuri liku-liku politik Kit Siang yang bermula lebih lima
dekad lalu, pemimpin DAP itu sepatutnya telah menyusun perjuangannya dengan
baik serta mempersiapkan pengganti pada saat ini. Jika ini dapat
dilakukan, maka persaraan beliau pastinya akan disambut dengan sanjungan dan
penghormatan bagi generasi akan datang.
Apa yang ditulis oleh Liew sebenarnya telah lama diperkatakan
oleh musuh-musuh Kit Siang.
Namun, di kalangan DAP, iaitu masyarakat Cina sendiri, mereka
nampaknya lebih selesa membela Kit Siang dan melayannya seperti
Tokong. Kaum Cina rata-ratanya menerima pemerintahan ala kuku besi
Kit Siang anak beranak. Bagi kaum Cina yang mempunyai sikap rasis
semulajadi, pemerintah kuku besi berbangsa Cina adalah lebih baik dari
pemerintah yang adil berbangsa Melayu.
Oleh itu, kita melihat suara Liew sebagai suara yang terpencil
di dalam masyarakat Cina. Bagaimanapun, hakikat bahawa akhbar
berbahasa Cina seperti Nanyang sanggup menyiarkan tulisannya membuatkan kita
berfikir semula.
Apakah kaum Cina sudah mula bosan dengan Dinasti Lim?
Kita tahu Lim Kit Siang telah ‘menyediakan’ anaknya, Lim Guan
Eng sebagai pengganti. Namun, malang baginya apabila Lim Guan Eng kini menjadi
liabiliti kepada DAP. Anaknya itu ternyata tidak mampu
menyembunyikan kebongkakkan sehingga menyebabkan ramai yang merasa benci
terhadapnya.
Guan Eng telah menyerlahkan warna sebenar DAP yang rasis dengan
sejelas-jelasnya apabila beliau tanpa segan silu merobohkan dan merampas tanah
dan perniagaan milik orang Melauyu dan India di Pulau Pinang.
Pulau Pinang menjadi bukti ketidakmampuan Guan Eng untuk
mengambil-alih tempat bapanya. Tindakannya memburukkan imej negeri
dan negara sendiri di dalam misi pelaburan di luar negara mengesahkan betapa
bodohnya anak Lim Kit Siang ini. Kemusnahan alam sekitar yang cukup
ketara dan begitu pantas di negeri itu sejurus Guan Eng berkuasa juga, telah
menjadikan rakyat semakin ‘cuak’ terhadap DAP.
Selain itu, cara Guan Eng mengendalikan pemilihan CEC juga cukup
mengecewakan Kit Siang. Akibat angkuh yang melampau, Guan Eng banyak
melakukan kesilapan. Beliau tidak mampu menjalankan muslihat dengan
bijak kerana terlalu memandang rendah pada orang lain dan menyangka orang tidak
akan dapat mengesan manipulasinya. Akhirnya, masalah CEC kini
berpanjangan sehingga hampir setahun dan semakin kusut pula.
Kegagalan Guan Eng menjawab isu-isu berbangkit dengan memberi
jawapan bodoh seperti ‘salah komputer’ atau ‘salah taip’ menyebabkan anak Kit
Siang ini menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia, sekali gus memalukan DAP.
Jika Kit Siang berjaya memperdaya orang Melayu yang berprinsip
dan bijak seperti Tunku Aziz sehingga berjaya membawa tokoh itu ke dalam DAP, tetapi
Guan Eng pula mendedahkan sikap sebenar DAP sehingga membuka mata Tunku Aziz
untuk meninggalkan DAP.
Jelas, Kit Siang tidak berjaya mendidik anaknya untuk menjadi
seorang politikus tegar seperti dirinya tetapi sebaliknya telah mencipta seekor
raksaksa angkuh yang menyangka dirinya seorang Tokong.
Malang bagi Kit Siang kerana walaupun kaum Cina di Malaysia
masih enggan melepaskan ikatan mereka dengan tanah besar Cina serta budaya dan
cara pemikirannya, namun sedikit sebanyak, mereka tetap terpengaruh dengan
nilai-nilai Malaysia yang terbuka dan bebas. Oleh itu, kaum Cina di
sini tidak mudah untuk dipaksa akur seperti di zaman komunis atau Maharaja
Cina.
Malah mereka telah terlebih bebas membuka mulut mengkritik dan
menghentam sesiapa sahaja yang mereka tidak suka termasuk
pemerintah. Justeru, mereka tidak lagi merasa takut atau bersalah
untuk mengkritik Lim Kit Siang hari ini.
Mereka tahu, Lim Kit Siang bukan Tokong mahupun
Maharaja. Lim Kit Siang tidak boleh menutup mulut
mereka. Lim Guan Eng juga tidak boleh mengilas tangan mereka
selama-lamanya. Lambat laun, pasti ada yang
memberontak. Melihat bagaimana Lim anak-beranak mengenepikan dan
mengambil tindakan kepada mereka yang mengkritik pemimpin DAP, menyebabkan
lebih ramai lagi yang terpanggil untuk memberontak.
Bertitik-tolak dari situlah, maka tulisan Liew mendapat tempat
di Nanyang Siangpau. Tidak mustahil, akan ada tulisan-tulisan lain
yang membawa nada yang sama selepas ini. Tidak mustahil juga Liew
pula akan ditutup mulut sepertimana para pengkritik Dinasti Lim yang lain.
Tetapi yakinlah, akan ada lebih ramai Liew di masa hadapan sehinggalah Lim Kit
Siang melepaskan jawatan.
No comments:
Post a Comment