Harakahdaily semalam melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang menyeru NGO Islam agar membantah
tuntutan COMANGO. Katanya, “Tanpa
mengira latarbelakang politik mahupun ideologi, marilah kita memahami dan
mendalami keindahan Islam dengan betul.”
Di akhir kenyataannya, beliau juga mendesak kerajaan Malaysia
mengambil serius isu ini dan bekerjasama dengan NGO Islam untuk menghadapi
COMANGO.
Menarik sekali kerana Kamaruzaman tidak pula menyebut PAS secara
spesifik tetapi hanya membayangkan yang semua yang di pihak Islam perlu
terlibat dalam menentang COMANGO.
Antara kandungan kenyataannya, Kamaruzaman sendiri telah
menggariskan bahawa antara perkara penting yang perlu dipertahankan ialah
perlembagaan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah dan Artikel 152 berkenaan hak
Melayu selain pengharaman Syiah serta penggunaan Kalimah Allah oleh
Kristian.
Justeru, kita hairan, apa sudah jadi dengan sikap PAS yang gemar
manjadikan Islam itu sebagai milik-persendirian parti mereka? Apa sudah jadi dengan tuduhan PAS
bahawa kerajaan UMNO tidak Islam? Apa
sudah jadi dengan tuduhan bahawa perlembagaan negara adalah perlembagaan
kafir? Kenapakah PAS
mengharapkan kerajaan UMNO ke hadapan, dan juga NGO? Kenapakah PAS malu-malu untuk
mengambil kredit secara ‘borong’ dalam kes ini dengan berdemo
besar-besaran?
Jika PAS boleh berdemo untuk kes liwat Anwar, berdemo untuk
menentang Lynas, berdemo untuk BERSIH, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Blackout,
Royalti Minyak dan entah apa-apa demo lagi, sehingga sanggup mengganas dan
berguling-guling bergadai nyawa anak isteri dan ibu bapa, maka seharusnya isu
tuntutan COMANGO ini mendapat reaksi yang jauh lebih hebat lagi dari semua demo
itu.
Bukan kita menyokong demonstrasi, cuma reaksi sebegitu tentu lebih
menepati laungan riak dan takbur PAS sebagai ‘pejuang Islam’ yang tulin.
Sikap yang diambil oleh PAS mengenai tuntutan COMANGO menyamai
sikap yang diambil mereka ketika menghadapi isu murtad di Selangor. Iaitu ‘segan’ untuk ke hadapan bagi
menentang secara lantang.
Mungkin Kamaruzaman terlepas pandang bahawa PAS juga tidak begitu
konsisten dalam mempertahankan Kalimah Allah dan PAS pada satu ketika cukup
nekad menyokong perjuangan DAP untuk menghapuskan hak-hak Melayu atas alasan
‘perkauman’.
Atau mungkin juga Kamaruzaman sebenarnya tidak terlepas pandang
tetapi cukup sedar bahawa PAS tidak boleh ke hadapan dalam membela Islam dalam
isu ini kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan DAP dan juga para gay,
lesbian dan pondan di dalam PKR.
Justeru, tidak hairanlah Kamaruzaman menolak para NGO dan UMNO ke
hadapan, sementara PAS hanya menonton di belakang.
Apa yang berlaku membuktikan bahawa perlembagaan Malaysia dan
kerajaan Malaysia tidak pernah menolak Islam seperti yang dituduh oleh
PAS. Malah, perlembagaan
yang digubal UMNO itulah yang memelihara dan menjulang kedudukan agama Islam
sekali gus mempertahankan hak umat Islam di negara ini.
Oleh itu, ada baiknya sebelum Kamaruzaman membuat apa-apa
kenyataan mengenai COMANGO, beliau terlebih dahulu mengaku akan hakikat ini dan
meminta maaf atas keterlanjuran PAS memusuhi UMNO. Islam itu bermula dari diri sendiri
iaitu dengan berjihad menentang iblis di dalam hati. Hanya dengan cara itu, kita akan dapat
bersatu dan mempunyai kekuatan untuk menentang COMANGO dengan lebih
yakin.
No comments:
Post a Comment