Ketika kempen ceramah anjuran Pas gagal menarik sokongan dan
kehadiran pengundi di sekitar Sungai Limau, walaupun mereka menjemput beberapa
artis seperti Abby Abadi, Leman Raja Lawak, Bob Lokman dan sebagainya. Ceramah
di kem Barisan Nasional / Umno pula menunjukkan sebaliknya.
Dengan membawakan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ceramah
tersebut berjaya dikategorikan ‘pecah panggung’ apabila
berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 pengundi. Dengan gaya bersahaja, ceramah
Ustaz Kazim yang diadakan di RTC Simpang 3 itu menyebabkan para hadirin melekat
dari mula hingga akhir.
Namun apa yang dikesalkan ialah, Ustaz Kazim memaklumkan sebelum
kehadiran beliau ke Sungai Limau beberapa penyokong Pas telah menghantar
khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan dan ancaman bagi
menghalangnya hadir.
Menurut Ustaz Kazim, beliau telah diugut agar memakai plastik
kerana bakal berdepan dengan serangan balingan telur sebagai tanda protes.
Namun ia langsung tidak menggentarkan beliau walaupun sedikit, kerana ingin
menyampaikan dakwah.
Beliau turut menegaskan, dirinya bukanlah penceramah bagi
mana-mana parti politik, namun hanya sekadar memenuhi jemputan dan itulah
antara pendekatan dakwah yang dilakukannya dahulu lagi.
Ustaz Kazim juga melahirkan rasa kecewanya apabila dilabelkan
sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak
mengikut selera pembangkang. Menurut beliau lagi, beliau hanya menyatakan apa
yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana
politik menggunakan Islam sebagai perisai.
“Saya berkawan dengan semua orang. (Contohnya) apabila berceramah
dengan orang asli, takkan saya dikategorikan sebagai penyokong orang asli.
“Saya juga turut berceramah dengan kumpulan lelaki lembut, takkan
saya terus di cop sebagai penyokong golongan lembut. Relaks lah bro” ujar
beliau secara berseloroh dan disambut dengan gelak tawa dari mereka yang hadir.
Inilah pendekatan pembangkang sejak dari dahulu, apabila mereka
buat ia dianggap sebagai perkara biasa. Namun apabila mereka yang berlainan
ideologi lakukan perkara yang sama, mereka akan diugut dan diancam dengan
pelbagai cara.
Sedangkan sebelum ini mereka begitu lantang meminta kerajaan agar
memberikan layanan yang adil kepada semua atas nama demokrasi hak bersuara.
Sebenarnya Pas telah mula gelisah apabila melihat jentera mereka gagal menarik
sokongan pengundi walaupun Dun Sungai Limau dikatakan sebagai kubu kuat parti
itu.
Malah paling membimbangkan mereka, apabila isu perpecahan dalaman
parti itu dilihat mula memberikan kesan sehinggakan ada di kalangan mereka yang
mula saling boikot dan sabotaj antara satu lain.
Berbanding jentera BN/Umno yang dilihat semakin hebat dengan
pendekatan dan misi pembangunan yang ingin dibawa. Apa pun bersamalah kita
tunggu keputusan undi yang bakal diketahui seawal jam 9.00 malam pada 4 Oktober
nanti.
Apakah Pas mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ataupun
tersungkur layu seperti yang berlaku ketika PRK Kuala Besut yang lalu
No comments:
Post a Comment