Rupanya ada udang di sebalik batu. Itulah perumpamaan yang sesuai
diberikan kepada calon Pas di Sungai Limau yang dikatakan akan diberikan laluan
mudah untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Pas pusat sekiranya berjaya
mempertahankan kemenangan parti itu.
Kepimpinan Pas Kedah yang berpecah kepada 3 kumpulan sebelum ini
dikatakan saling berebut untuk meletakkan calon pilihan mereka bagi mewakili
Pas di Sungai Limau. Malah Pas pusat juga sebelum ini turut memaklumkan,
seramai 8 orang calon telah tersenarai pendek bagi mewakili parti itu dalam
pilihanraya kecil pada kali ini.
Dengan menggunakan kuasa veto yang ada, Mahfuz
Omar sebagai Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri telah berjaya
menyingkirkan semua calon-calon lain bagi memastikan ‘orangnya’ dipilih
sekali gus mengukuhkan penguasaan dan pengaruhnya di negeri Kedah.
Tindakannya itu akhirnya mula memakan diri, apabila jentera Pas
Kedah dari kem Phahrolrazi dan kumpulan pro-Azizan yang
mengambil tindakan sabotaj bagi menyatakan bantahan atas tindakan Mahfuz itu.
Ini kerana menurut mereka masih banyak lagi calon yang lebih layak untuk
diketengahkan oleh Pas.
“Mahfuz sepatutnya meletakkan mereka yang telah lama berjuang
bersama parti. Tambahan pula, masih ramai lagi berkelayakan, dan telah terbukti
membantu dan berjuang atas nama parti yang sepatutnya diberikan peluang” kata
salah seorang jentera Pas dari kawasan Jerai.
Malah menurutnya, tindakan ahli parlimen Pokok Sena itu boleh
menyebabkan ramai aktivis dan pejuang Pas menjauhkan diri dan meninggalkan
parti kerana merasakan sumbangan mereka tidak dihargai.
Mahfuz juga dikatakan begitu beria-ia mahu meletakkan Azam sebagai
calon Pas, sehingga ada yang mengatakan laluan mudah bakal diberikan sekiranya
dia menang di Sungai Limau. Tawaran itu dibuat, sebagai timbal balas untuk
membantu mengukuhkan penguasaan Mahfuz di peringkat pusat dan Kedah.
Penyandang jawatan ketua pemuda, Nasrudin Hassan sebelum
mengatakan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan muktamar
Pas yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Dia yang juga merupakan ahli
parlimen untuk kawasan Temerloh itu dikatakan lebih berminat untuk mencuba
nasib untuk jawatan ahli jawatankuasa Pas pusat.
Menurut sumber dalaman, parti itu dikatakan sedang dalam proses
pembersihan untuk menyingkirkan pimpinan yang bukan dari kumpulan ulama. Ini
kerana sejak akhir-akhir ini Pas dikatakan sering menerima tekanan dari
kumpulan Endorgan dan Liberal yang mula menujukkan sikap untuk menguasai parti
itu.
Malah tindakan mereka juga sering kali dilihat bertentangan dengan
perjuangan asal parti itu yang ingin menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.
No comments:
Post a Comment