Terdapat 1,827 pengundi Cina di DUN Sungai Limau. Daripada jumlah itu, hanya kira-kira
180 atau 10 peratus yang mengundi BN pada PRU yang lalu. Apa yang menarik ialah anggota MCA di
situ adalah seramai 965 orang.
Fakta ini menunjukkan bahawa walaupun DUN tersebut dilihat
bagaikan jauh dari capaian ‘hasutan’ DAP namun masyarakat Cina tetap mempunyai
cara mereka sendiri untuk bersatu dalam membuat keputusan. ‘Arahan’ yang diterima pada PRU
lalu ialah untuk menolak BN, maka hampir kesemua mereka mematuhi arahan
tersebut sepertimana setianya mereka kepada Maharaja Cina dahulu kala.
Lalu, masyarakat Cina di Sg. Limau telah bersama-sama dengan seluruh
kaum mereka di Malaysia untuk memastikan kemenangan DAP dengan cara memberi
undi pada PAS dalam pilihanraya yang lalu.
Harapan mereka, pastinya agar PR berjaya memerintah dan DAP akan
melaksanakan dasar ‘Ketuanan Cina’ sebagaimana Singapura. Ini kerana mereka cukup maklum bahawa
walaupun yang menjadi Perdana Menteri adalah Melayu dari PAS dan PKR, tetapi
mereka tetap boleh ditunggang oleh Cina DAP bila-bila masa.
Bagaimanapun, sepanjang lima tahun Kedah di bawah PAS, ternyata
tidak semudah itu untuk ‘menunggang’ arwah Tan Sri Azizan Razak. Tan Sri Azizan dilihat memegang
prinsip yang berbeza dari pemimpin PAS pusat. Beliau dapat membaca agenda tersirat
DAP serta tidak memberi ruang kepada parti itu untuk menunjuk-ajar
dirinya. Ketegasan arwah yang menolak segala pemberian tauke-tauke besar
meresahkan DAP. Cita-cita DAP untuk menguasai negeri Kedah melalui PAS
menjadi sukar sekali.
Malang lagi bagi masyarakat Cina di sini apabila PAS kalah dan
digantikan pula oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dari Barisan Nasional yang
turut terkenal dengan prinsip dan integriti yang teguh. Malah, Mukhriz lebih tegas dan
praktikal lagi dengan menyatakan secara terus terang bahawa beliau perlu
mendahulukan mereka yang menyokong BN, bukannya yang menolak BN.
Sama ada masyarakat Cina di Kedah suka atau tidak, itulah
hakikatnya iaitu kerajaan negeri tidak akan membodohkan diri mengambil hati
mereka yang membenci. Apa
yang pasti pentadbiran dijalankan seperti biasa tanpa menganiaya sesiapa.
Ini bermakna, jika masyarakat Cina di Sungai Limau inginkan
perhatian yang lebih dari kerajaan negeri, maka mereka perlu terlebih dahulu
menyokong BN. Jika tidak,
mereka boleh terus meminta bantuan DAP melalui PAS kawasan itu untuk memajukan
diri.
Tindakan Mukhriz ini bukan sesuatu yang kejam atau tidak adil
kerana kerajaan negeri bukannya merampas tanah atau perniagaan mereka
sepertimana yang dilakukan oleh DAP kepada orang-orang Melayu di Pulau
Pinang. Kerajaan negeri
juga tidak pernah menghalang orang-orang Cina berarak memukul gendang jika
berlaku kematian di kalangan mereka sepertimana DAP menghalang perarakan
Maulidur Rasul di Pulau Pinang.
Pendek kata, kerajaan negeri Kedah langsung tidak menyentuh
masyarakat Cina atau mengganggu kehidupan mereka. Inilah bezanya, kerajaan yang adil
dengan yang zalim, yang Islam dengan yang rasis.
Sesungguhnya, yang memajukan negara ini dan memberi peluang kaum
Cina berada di mana mereka berada hari ini adalah kerajaan BN. Tanpa kepimpinan dan pentadbiran BN
yang bijak, kaum apa pun tidak akan mampu berjaya di Malaysia.
Hari ini, kaum Cina menjadi yang paling kaya, tetapi itu hanya
boleh berlaku kerana kaum Melayu juga mempunyai daya beli yang cukup untuk
mengkayakan peniaga. Justeru, apa salahnya, jika orang-orang Cina terus
bekerjasama dengan orang-orang Melayu dan menyokong kerajaan yang membolehkan
semua ini berlaku?
Masyarakat Cina di Sg. Limau tidak seharusnya terpengaruh dengan
hasutan kaum Cina dari luar untuk menolak BN. Mereka yang telah lama hidup di kalangan
orang-orang Melayu seharusnya sudah mengenali hati budi orang-orang Melayu yang
tidak pernah berniat untuk bersaing, jauh sekali menindas sesiapa. Sikap semulajadi orang-orang Melayu
itu hanya inginkan keamanan sahaja. Justeru,
kenapa harus dimusuhi kerajaan pimpinan Melayu?
Apakah orang-orang Cina benar-benar percaya bahawa sekiranya terus
menerus menolak BN sehingga akhirnya PR berjaya memerintah, maka PR di bawah
teraju DAP akan dapat memastikan keamanan dan kemakmuran yang sama?
Lihatlah bagaimana DAP membelakangkan Pengerusi DAP Kedah yang
dilantik akar umbi secara demokrasi. Lihatlah
bagaimana DAP menindas dan menipu ahli-ahli sendiri. Apakah masih ada yang percaya PR mampu
memerintah sebaik BN dengan DAP menjadi kepala diktator di belakangnya?
Hakikatnya, undi masyarakat Cina di Sungai Limau tidak dapat
diterjemahkan kepada keputusan PRU yang akan datang. Namun, ia mampu menterjemahkan
kematangan sikap mereka dalam menilai politik negara.
Sudah sampai masa orang-orang Cina menggunakan akal sendiri dan
bukannya patuh kepada arahan ‘bayangan Maharaja’ atas nama ‘bangsa’ dan
‘untung’ semata-mata. Ingatlah, orang tamak selalu rugi.
No comments:
Post a Comment