Kepada para peminat tegar ceramah politik
pembangkang khususnya Anwar Ibrahim pasti sudah menghafal kalimah-kalimah
retorik seperti ‘Pakatan Harapan Rakyat’, ‘Demi
Kesejahteraan Rakyat’, ‘Kerajaan Rakyat’ dan pelbagai lagi
yang mempunyai perkataan rakyat.
Boleh dikatakan hampir semua slogan yang
digunakan pasti perkataan rakyat akan ditonjolkan, kononnya untuk memberikan
gambaran hanya makhluk bernama Anwar sahaja yang mampu membela dan menjaga
rakyat. Sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya tertipu dengan ‘janji
manis’ dan ‘sandiwara’ mereka khususnya rakyat di
Selangor.
Gaji RM 11,250 tapi kerja tidur? |
Namun di sebalik perkataan rakyat itu,
majoriti rakyat Selangor dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun
bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Ia ekoran dari
usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang
semalam yang kemudiannya diluluskan.
Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar
dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco
kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari
RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50
kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87
peratus).
Paling menarik, minggu lalu Khalid Ibrahim
menegaskan peruntukan perbelanjaan mengurus pada Belanjawan 2014 meningkat,
adalah disebabkan peningkatan bayaran gaji untuk kakitangan awam.
Sejumlah RM1.23 bilion atau 66.2 peratus daripada Belanjawan Negeri tahun depan yang berjumlah RM1.85 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM624.9 juta atau 33.8 peratus adalah bagi perbelanjaan pembangunan.
Pada mulanya ramai di kalangan kakitangan
awam Selangor menjangkakan ia bermaksud kerajaan negeri berhasrat untuk
memberikan kenaikan gaji dan elaun kepada mereka, namun rupa-rupanya ia adalah
sebaliknya. Peningkatan jumlah belanjawan yang dimaksudkan oleh Khalid
sebenarnya adalah untuk semua wakil-wakil rakyat di Selangor.
Namun untuk berlaku adil, Khalid tetap
tidak mengecewakan rakyat Selangor, apabila mengumpan kakitangan awan di
Selangor dengan memberikan ‘gula-gula’ berupa bonus setengah bulan gaji
SAHAJA.
Menurut rakan-rakan di Selangor, kenaikan
kadar gaji dan elaun ini ada kaitan dengan kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini,
yang dilihat mengkritik pentadbiran Khalid secara terbuka sambil
menyifatkannya GAGAL mengurus dengan baik sumber kewangan
negeri.
Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat
kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara
di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya,
Selangor.
Anwar meminta Abdul Khalid agar tidak lagi
berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam
membelanjakannya dengan baik.
"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa
Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid
kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang
diperoleh," katanya.
Malah ekoran kritikan itu juga, ramai
merasakan ia adalah merupakan ‘signal’ agar Khalid segera
meletakkan jawatan, sekaligus memberi laluan mudah kepada anak emasnya, Azmin
Ali yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut.
Umum mengetahui, bagaimana Azmin sebelum
ini yang pernah ‘merajuk’ untuk keluar PKR bersama pengikutnya
sekiranya Anwar MENGINGKARI janji berhubung jawatan Menteri
Besar. Namun ia dibatalkan di saat akhir apabila ‘pergelutan’tersebut
berjaya diselesaikan secara ‘kompromi’.
Sehinggakan ada bisik-bisik yang
mengatakan Azmin kembali sejuk apabila dimaklumkan bahawa Khalid bersetuju
untuk memegang jawatan tersebut untuk tempoh setahun sahaja.
Disebabkan tempoh itu dikatakan bakal
berakhir tidak lama lagi, maka Khalid terpaksa mengunakan ‘gear 3’ dengan
mengambil hati semua Adun pakatan dengan memberikan kenaikan gaji. Sekiranya
umpan ini berjaya, Khalid boleh terselamat sekiranya ada usul tidak percaya
untuk meminta dia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.
Apa pun ia hanyalah ‘cakap-cakap’ politik,
sama ada benar atau tidak hanya Allah, Anwar, Azmin dan Khalid sahaja yang
tahu.
Berbalik kepada isu asal, sekiranya kita
membuat perbandingan secara rational, rizab kerajaan Selangor hanya berjumlah
RM3bil berbanding rizab kerajaan persekutuan yang berjumlah RM400bil. Namun
kerajaan persekutuan tidak pula mengambil pendekatan menaikkan gaji semua
ahli-ahli parlimen.
Tambah menarik ialah gaji Perdana Menteri
yang mengurus tadbir SELURUH NEGARA hanya berjumlah
RM22,826,65 berbanding gaji baru Khalid yang berjumlah RM29,250.00 walaupun
dia HANYA MENGURUSKAN SEBUAH NEGERI.
Seterusnya ialah gaji Timbalan Perdana
Menteri hanya berjumlah RM18,168.00 berbanding Exco Kerajaan Negeri yang
berjumlah RM20,250.00 sebulan.
Kesimpulannya, terserahlah kepada rakyat
khususnya pengundi di Selangor bagi menilai kewajaran kenaikan gaji
yang mendadak ini. Apakah ia dilakukan untuk membantu jurang Ekonomi
Rakyat seperti yang didakwa, atau semata-mata untuk memenuhi kerakusan
kerajaan pakatan di Selangor?
1 comment:
Sdra Sdra KL Blogger ,mohon izin.
Tahniah kapada Ah jib Gor Gong dan Idris Pemandu yang memberi galakkan padu kapada visi liberal moderate inklusive worldview transformaci blue ocean strategy the best is yet to come endless possibilities high income nation.
Dengan visi Ah Jib Gor Gong , Selangor telah merampaskan kedudukan teratas ranking menjadi negeri pertama yang mencapai KPI 1M high nation per capita income RM30,000 untuk Barisan PR(aka ex UMNO).Ada yang nyatakan sokongan dengan ayat "they make money for the state"."the private sector blaaa " supaya mereka tak cari duit luar..."
Apa pun,bagi kalangan bangsawan wannabe Selangor yang teruk(kesian kesian) memikul bebanan kerja yang berat 365-24-7/11, demi kebahagiaan penduduk negeri selangor, yaani 2 juta orang rakyat malaysia dan 1.5 juta PATI/expat dari Indon,Vietnam,Myanmar,Bangla,PRC Cina,Sri Lanka,Palestine. Juga dari lithuania,bosnia,filipine,nepal,india,korea,jepun,nigeria,ghana,iran,irak,kenya.(Truly Asia).
Serta semua orang yang sayangkan Ah Jib Gor Gong 1M 1M4U untuk memenuhi kehendak truly asia dan every one can fly AA TS TFFFFF.
Memang tepat pada masa nya, di Labuan IFC, sudah ada Wealth advisors bakal memberi khidmat kapada peningkatan bilangan jutawan malaysia daripada 30,000 orang ke 60,000 menjelang 2015.
Hebat sungguh Visi 1M ah jib gor .Hinggakan inklusive nya no one will be left ,juga meraih sokongan Pakatan Rakyat yang sentiasa membantah GST ,tetapi naik gaji sampai 331 % disebabkan DUN Selangor dah yakin GST memang akan mengakibatkan inflasi.
PR yakin kos sara hidup sebab subsidi gula/bahan bakar menurun, dan kos sara hidup meningkat sebab tekanan dari kenaikan gaji untuk golongan bangsawan setaraf Ah Jib Gor Gong, yaani DUN Negeri Selangor,yang di terjui olih Khalid, yang juga mirip Ah Jib Gor Gong the English Anglopile Finance Minister.
Ah Jib Gor dah sombong ,tidak mau kurangkan extravagant expenditure dan abuse of public tax payers monies saperti RM7.2 biillion bayaran kpd consultant.
Dengan ini jelas lah DUN Selangor adalah pelajar terbaik di bawah perguruan aH JIB GOR Gong .
TAHNIAH Tan Sri Khalid.
Saya anugerah anda best student of the year award ( di iktiraf di Battersby,London,UK) - Ah jib gor gong - UMNO Merit Certificate.
Tahniah ah Jib Gor Gong,the best big spender award of Malaysia (di iktiraf di Sans Francisco dan New York olih Khazanah Group USA),Certificate of Merit.
Applause untuk Hannah,"I din want the hike, but I will donate the increment to Izzaah Hall,Subang Jaya selama 5 tahun".Hallelujaaaah.
Ah Jib Gor gong,TS Khalid ,twitt twitt twitt lebih sikit lagi lah, hebat sungguh,mengkagumkan gandingan anda berdua.Hebat.
arjuna waspada
changkat lobak.
Post a Comment