KL CHRONICLE: Tiada Semangat Nasionalisme dan Patriotisme Dalam Bajet Ketua Pembangkang @anwaribrahim #KLChronicle

Tuesday, October 22, 2013

Tiada Semangat Nasionalisme dan Patriotisme Dalam Bajet Ketua Pembangkang @anwaribrahim #KLChronicle

Bajet Alternatif yang dibentangkan oleh pembangkang semalam menyerlahkan sikap perkauman yang mendalam dan usaha yang giat untuk menjarakkan lagi jurang antara kaum di negara ini.   



Ini berdasarkan cadangan mereka agar kerajaan memperuntukkan sejumlah RM220 juta lagi kepada 1,854 sekolah vernakular dalam Bajet tahun hadapan.  Peruntukan itu dicadangkan merangkumi sumbangan RM300 bagi setiap seorang pelajar SRJK bagi menambah baik mutu dan kualiti pembelajaran serta bangunan. 

Selain itu, pembangkang juga komited untuk menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atas alasan ia gagal mencapai matlamat dan bermasalah di mana sehingga kini telah menyebabkan 22 kematian. PLKN membawa objektif penerapan semangat cintakan negara serta perpaduan.   

Hakikatnya, Sekolah Vernakular telah dikenalpasti sebagai punca utama masalah perkauman di negara ini manakala, PLKN pula adalah antara usaha kerajaan untukmengatasi masalah itu. 

Sungguhpun demikian, pembangkang tegar mencadangkan peruntukan bagi ‘memperkasakan lagi punca masalah’, dan di masa yang sama menolak sebarang usaha ke arah ‘penyelesaian masalah’ itu. 

Ini membuktikan bahawa pembangkang dengan sengaja ingin agar rakyat negara ini terus berpecah belah serta tidak punya semangat patriotisme atau nasionalisme.   

Kita percaya, idea-idea ini datangnya dari parti chauvinis DAP tetapi telah diterima baik oleh PKR dan PAS kerana terlalu mendambakan undi dari kaum Cina.  Malang sekali, biar setelah habis segalanya digadai pun, kaum Cina masih tidak mengundi PAS dan hanya apabila terpaksa sahaja akan mengundi PKR. 

Justeru, pengorbanan PAS menggadaikan maruah sehingga tiada apa lagi yang tinggal bukan sahaja sia-sia, tetapi rugi besar kerana PAS semakin kehilangan undi orang-orang Melayu. 

Hari ini, DAP terus mengasak agenda ini melalui Bajet Alternatif sementara PAS dan PKR tidak mampu menolak atau mengimbanginya.  Malah, kedua parti yang diterajui Melayu itu turut mengasak bersama dengan DAP untuk memusnahkan keharmonian antara kaum di negara ini.   

Sekiranya pembangkang punya sedikit rasa tanggungjawab, maka mereka seharusnya mencadangkan penyelesaian alternatif ke atas masalah perkauman dan bukannya menambahkannya. 

Bukankah lebih baik jika pembangkang mencadangkan peruntukan ke atas sekolah kebangsaan ditambahkan bagi memastikan ia benar-benar mencapai tahap yang diinginkan bagi semua kaum? 

Bukankah lebih baik jika semua parti-parti politik dari semua kaum turut terlibat memberi cadangan dan mendesak ke arah penambahbaikan dan peningkatan kualiti guru-guru, pembelajaran dan juga bangunan persekolahan di sekolah kebangsaan agar anak-anak kita boleh belajar bersama-sama? 

Jika ini dapat dilakukan, maka kita mungkin tidak perlukan PLKN lagi.   

Namun, tentu sekali perkara yang baik dan murni akan ditolak mentah-mentah oleh DAP kerana ia bermakna mereka tidak akan dapat membawa agenda mereka yang ingin menindas dan menjajah negara ini.   

Sehingga ke hari ini, DAP tidak pernah menerima hakikat yang mereka berkongsi negara ini dengan orang-orang Melayu.  DAP juga nekad untuk memisahkan masyarakat Cina dari aspirasi negara.  Kerana itu, mereka memerlukan sekolah vernakular untuk mengajar anak-anak Cina agar membenci Melayu, prejudis terhadap kerajaan serta menolak sejarah.  Matlamat akhir mereka ialah untuk menukar landskap sosial dan ekonomi negara ini agar mengutamakan Cina serta mengabaikan bangsa-bangsa lain. 

Apa yang pasti, cita-cita DAP ini bukan sahaja akan menyebabkan bangsa lain tertindas dan terpinggir tetapi, lambat laun akan membawa kehancuran kepada bangsa Cina juga. 

Jika DAP punya sedikit kebijaksanaan, mereka pasti tahu bahawa menyusahkan orang-orang di sekeliling mereka tidak akan membuat mereka senang.  Sudah menjadi hukum yang tidak tertulis bahawa apabila orang-orang di sekeliling kita senang, kita akan turut senang kerana mereka tidak mengganggu kita malah mungkin boleh membantu atau bekerjasama untuk meningkatkan kesenangan itu. 

Tragedi 13 Mei adalah pengajaran yang paling jelas, namun DAP memilih untuk menidakkan sejarah serta menafikan kesilapan sendiri. 

Untuk itu, kita ingin berpesan kepada DAP bahawa manusia yang lupa sejarah, akan dihukum untuk mengulanginya berkali-kali.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget