Harakahdaily
melaporkan bahawa Pakatan Rakyat akan membentangkan Belanjawan 2014 di Bangunan
Parlimen esok, iaitu tiga hari lebih awal daripada pembentangan belanjawan
kerajaan. Portal rasmi PAS
itu juga kemudiannya menulis “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan belanjawan
kerajaan pada 25 September ini.”
Seperti
biasa, portal tersebut berada dalam khayalan sehingga tidak menyedari bahawa
bulan September pun telah berlalu.
Presiden
PAS, Hadi Awang juga pastinya berada dalam dunia khayalan yang sama apabila
‘menegur’ BN kerana tidak merujuk kepada rakyat pembayar cukai setiap kali
membentangkan belanjawan. Oleh
itu, menurut Hadi Awang, kerajaan perlu terlebih dahulu merujuk kepada rakyat
pembayar cukai dalam menyediakan bajet negara agar tidak membebankan golongan
itu.
Hadi
juga berkata, berlaku ketirisan dan juga pembaziran yang tidak wajar dalam
bajet kerajaan, di tambah pula dengan berlakunya situasi tidak dijangka seperti
insiden Lahad Datu. Namun,
umum tahu bahawa insiden Lahad Datu telah lama dijangka oleh Anwar Ibrahim
melalui lagunya ‘Sabah nak hilang’ beberapa bulan sebelum ia berlaku. Ini bermakna, Anwar boleh mengelaknya
jika beliau benar-benar prihatin dengan kedaulatan negara.
Mungkin
Hadi tidak menyedari bahawa bukan semua rakyat adalah ‘pembayar cukai’.
Pastinya
majoriti puak-puak PAS tegar yang 24 jam ke hulu ke hilir berpolitik dan
menghadiri ceramah, tanpa kerja tetap tetapi asyik makan duit derma atau duit
isteri yang kerja kerajaan, bukanlah pembayar cukai. Selebihnya, puak-puak PAS ini
berada dalam Jabatan kerajaan dengan gaji rendah dan tidak membayar cukai
juga. Hanya segelintir
sahaja yang bekerja swasta dengan gaji tinggi sedikit atau berniaga, yang mana
membayar cukai.
Tahukah
Hadi kenapa jadi begini? Ini
kerana sikap orang-orang PAS itu sendiri yang enggan belajar
bersungguh-sungguh, malas dan lebih gemar hidup ditanggung isteri atas alasan
‘perjuangan Islam’.
Faktor
kedua ialah kerana rakyat yang membayar cukai yang majoritinya kaum Cina,
enggan memberi peluang dan sengaja menindas orang-orang Melayu agar tidak mampu
bersaing dengan mereka dan seterusnya tidak mampu membayar cukai.
Justeru,
sekiranya ‘nasihat’ Hadi Awang digunapakai, iaitu meminta pandangan Cina
pembayar cukai terbanyak dalam menyediakan bajet negara, maka alamatnya, mereka
hanya akan memberi pandangan yang menguntungkan golongan korporat dan juga
peniaga besar seperti mereka sahaja. Dalam
kata lain, semakin tertekan dan tertindaslah golongan miskin dan
sederhana.
Keadaan
ini telah pun berlaku di negeri-negeri yang diperintah PR di mana polisi
‘keterbukaan’ telah memperlihatkan bagaimana bangunan perniagaan yang dulunya
didominasi Melayu terpaksa menaikkan harga sewa semata-mata untuk menjaga
kepentingan, atau sekadar menjaga hati pembayar cukai.
Sebaliknya,
kerajaan BN mengambil pendekatan yang lebih prihatin dan tidak mementingkan
keuntungan pantas semata-mata. Adalah
lebih baik meletakkan sasaran keuntungan jangka panjang dari segi kestabilan
negara dan kesejahteraan rakyat bagi menjamin kekukuhan negara. Rakyat golongan miskin dan
sederhana perlu dibantu agar dapat memajukan ekonomi keluarga, dan seterusnya
menyumbang kepada kekukuhan negara di masa depan.
Untuk
pengetahuan Hadi, pendekatan inilah yang membawa Malaysia ke tahap ini. Jika kerajaan terus menerus
mementingkan hanya golongan kaya dalam Bajet negara, tragedi seperti 13 Mei
mungkin boleh disaksikan secara bersiri.
Kesimpulannya,
menggunakan Melayu yang tidak bijak seperti Hadi Awang untuk menekan kerajaan
agar menggubal dasar yang lebih menguntungkan mereka adalah antara strategi
halus Cina si pembayar cukai terbanyak ini. Sedih
sekali melihat bagaimana Hadi ditunggang DAP bagi mencapai matlamat kaum
Cina.
Daripada
Hadi cuba mengajar kerajaan, adalah lebih baik Hadi menegur DAP yang menindas
Melayu di Pulau Pinang terlebih dahulu. Atau,
apakah Hadi sudah tidak peduli akan nasib Melayu lagi hanya kerana mereka bukanlah
pembayar cukai tertinggi?
Entah
sampai bila Hadi akan sedar bahawa beliau hanyalah kuda tunggangan semata-mata.
No comments:
Post a Comment