KL CHRONICLE: Sekarang Anwar kata Pakatan akan laksana GST bila perintah, namun bersyarat #KLChronicle

Thursday, October 31, 2013

Sekarang Anwar kata Pakatan akan laksana GST bila perintah, namun bersyarat #KLChronicle

Pakatan Rakyat (PR) akan turut melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila mereka memerintah kelak kerana ia sistem percukaian yang efisien, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar bagaimanapun menegaskan, perkara itu hanya akan berlaku dengan syarat kerajaan menghentikan gejala rasuah, kebocoran dan juga monopoli yang kini dilihat berleluasa dan tidak sesuai untuk melaksanakan GST. Walau bagaimanapun Anwar tidak mendedahkan bagaimana PR akan menghentikan perkara ini bila mengambilalih kerajaan.
"Kita kata ketelusan. PR akan hentikan rasuah, kebocoran dan monopoli. Hentikan ini dulu. Kemudian usahakan taraf hidup rakyat," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur.
"Dua faktor ini perlu diberi tumpuan," katanya dan menambah pembangkang juga tidak akan melaksanakan GST sekarang kerana ia tidak munasabah.
"Bila kita dalam defisit kita akan fikiran perolehan. Ia akan ambil masa yang lama untuk mengatasi defisit," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.
Tempoh 17 bulan menjelang pelaksanaan GST pada April 2015 juga tidak cukup untuk melaksanakan cukai berkenaan kata Anwar selagi masalah berkenaan gagal diatasi.
"Dengan situasi ekonomi sekarang apa yang boleh kita buat? Beri kita capai kedudukan yang selesa, kalau tidak capai bajet surplus pun beri kita selesa dahulu," kata Anwar.
Menurut Ketua Umum PKR itu lagi, pihaknya tidak membantah GST atas prinsipnya, tetapi dari sudut sistem pelaksaan sistem percukaian berkenaan. Anwar tidak memberikan penjelasan yang lebih lanjut tentang sistem percukaian yang bagaimana yang akan dimplikasikan oleh PR jika memerintah.
"Saya tak kata saya bantah dengan prinsip. Dari sudut sistem pelaksanaannya GST itu lebih telus dan efisien. Saya tak pertikai," katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget